Zuraida negatif Covid-19, tamatkan kuarantin 14 hari

11 Oktober, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin telah disahkan negatif Covid-19. Gelang merah jambu yang dipakai sepanjang kuarantin 14 hari telah dipotong oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya. Hajah Zuraida telah menjalani kuarantin 14 hari di kediaman rasmi di Putrajaya dan melakukan tugasan menteri dari rumah sepanjang tempoh tersebut.

YAB Perdana Menteri hari ini kembali memasuki pejabat setelah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari

YAB Perdana Menteri menjalani perintah kuarantin bermula 22 Mei lepas, selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan positif COVID-19. Sepanjang tempoh tersebut, YAB Perdana Menteri telah menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja dari rumah. Pada Selasa, 2 Jun 2020 YAB Perdana Menteri sekali lagi telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif. YAB Perdana Menteri memulakan tugasan hari ini dengan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi persidangan video.YAB Perdana Menteri kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota jemaah… Read More