KWSP, Grab kerjasama galakkan caruman pemandu dan penghantar

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Grab Malaysia (Grab) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menggalakkan komuniti rakan pemandu dan penghantar mereka menabung untuk simpanan persaraan. la boleh dilakukan melalui program i-Saraan bagi ahli berumur bawah 55 tahun atau caruman sukarela bagi individu berusia 55 dan ke atas. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerjasama KWSP dan Grab ini akan meningkatkan kesejahteraan persaraan rakan pemandu dan penghantar mereka. “Tahniah diucapkan kepada pihak Grab atas komitmen untuk memberi insentif tambahan bagi menggalakkan pekerja menabung untuk persaraan. “MoU ini… Read More

PEMULIH: Pencarum dibenar keluar RM5,000 simpanan KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenal kemudahan baharu dikenali sebagai i-Citra, membabitkan pengeluaran sehingga RM5,000. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai ini dengan pembayaran pertama akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos. Beliau berkata, secara keseluruhan pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. “Menerusi i-Citra seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan. “Namun ia tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli dengan pembayaran pertama dijangka… Read More

Bantuan lebih komprehensif

Kerajaan akan mengulangi langkah tahun lalu dengan memperkenalkan bantuan moratorium dan pengeluaran KWSP di bawah skim i-Lestari atau i-Sinar untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah berkenaan mengingatkannya kepada peristiwa tahun lalu di mana pertama kali dalam sejarah kerajaan memperkenalkan bantuan seumpama itu. “Kita adalah antara negara terawal di dunia memperkenalkan inisiatif sebegini. Pada mulanya digasak oleh suara-suara yang membangkang. Kemudiannya, ada dalam kalangan mereka yang sedar kesan positif pada rakyat dan mula menyokong program ini. Alhamdulillah mereka sedar,” katanya dalam hantaran… Read More

Masa tepat untuk kembalikan inisiatif bantuan, kata Tengku Zafrul

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, masanya kini tepat untuk memperkenalkan inisiatif bantuan mirip yang telah diberikan kerajaan sebelum ini. Dalam kenyataan di Facebook, Tengku Zafrul berkata pengeluaran dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium pinjaman automatik yang diperkenalkan tahun lalu telah membantu rakyat menghadapi cabaran Covid-19. “Teringat kembali tahun lalu, bila Kerajaan ini pertama sekali dalam sejarah perkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19,” katanya, dengan menambah beliau telah bertemu dengan KWSP dan Bank Negara sejak minggu lalu. “Dengan Pelan Pemulihan Negara, inilah… Read More