Masih ramai ditahan ingkar SOP

Kuala Lumpur: Seramai 549 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, semalam. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 535 individu dikenakan kompaun, manakala 14 lagi individu direman. “Antara kesalahan adalah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis, tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran, membawa penumpang berlebihan, premis gagal patuh arahan serta lain-lain. “Sebanyak 4,725 pasukan pematuhan memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP dengan melakukan 98,376 pemeriksaan di seluruh negara, semalam,”… Read More

761 ditahan ingkar SOP PKP

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa menahan 761 individu semalam, kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 741 orang dikompaun, 19 direman manakala baki seorang dibebaskan dengan jaminan. Katanya, antara kesalahan ialah rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran serta makan di premis membabitkan 197 individu, tidak memakai pelitup muka (152), gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (127), tiada penjarakan fizikal (100), membawa penumpang berlebihan (62), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (61) serta premis ingkar arahan (15)…. Read More

Cuba keluar dari kawasan PKPD, dua individu dikompaun RM10,000

By Malinda Abdul Malik – 7 June 2021 BALIK PULAU: Tindakan dua individu cuba menyelinap keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bayan Lepas di sini membawa padah selepas masing-masing dikompaun RM5,000. Kedua-duanya terdiri daripada seorang lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 23 tahun itu dikenakan kompaun ketika sepasukan polis menjalankan rondaan pematuhan PKPD di kawasan berkenaan semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kompauan pertama dikeluarkan terhadap lelaki yang didapati sedang melangkah keluar dari pagar halangan sempadan PKPD di tepi jalan Bayan Lepas pukul 7.30 pagi…. Read More

Siti Nurhaliza dan suami dikompaun RM10K seorang

SHAH ALAM – Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika majlis tahnik anak keduanya, baru-baru ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang. “Tiga anak Khalid turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya pada… Read More