Muzium Layang-layang pertama Malaysia bakal dinaiktaraf

14 Mac, PASIR GUDANG: Muzium Layang-layang Pasir Gudang yang merupakan muzium layang-layang pertama di negara ini bakal dinaiktaraf. Hari ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah melakukan lawatan tapak bagi cadangan kerja-kerja menaiktaraf di Muzium Layang-layang Pasir Gudang yang turut disertai oleh wakil-wakil Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Cadangan menaiktaraf infra muzium tersebut melibatkan Rangka Wau, Astaka Diraja, Kincir Angin dan Pentas Tradisional. “Dengan usaha menaiktaraf ini nanti, ia akan membantu sektor pelancongan di Pasir Gudang dan menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke muzium ini.” kata Zuraida. Ia… Read More

Bentong bakal dinaiktaraf sebagai bandaraya kedua Pahang

22 Februari, MARAN: Bandar Bentong bakal menjadi bandaraya kedua di Pahang selepas Kuantan menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sidang media di Maran. “Permohonan oleh kerajaan negeri untuk menaiktaraf Majlis Perbandaran Bentong diangkat sebagai Majlis Bandaraya. Dari segi pendapatan, Bentong telah mencapai tahap untuk dinaiktaraf.” kata Datuk Zuraida Kamaruddin. “Walaupun jumlah penduduk belum mencapai 500 ribu, kita akan melihat kapasiti dan pembangunan yang ada di sana.” menurut beliau lagi. Menurut beliau lagi, jika mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan, Bentong akan dinaiktaraf sebagai bandaraya pada Jun 2021 nanti. Bentong terkenal sebagai pusat utama… Read More

Intipati Lawatan Kerja Rasmi Menteri KPKT ke negeri Pahang

1. Kerajaan Negeri Pahang memohon pembinaan rumah PPR di Lancang, ia telah diluluskan dan akan diteruskan dengan pembinaan sebanyak 350 buah rumah. Majlis pecah tanah untuk tujuan itu akan diadakan dalam masa terdekat. 2. Isu tapak pelupusan sampah di Jabor-Jerangau yang kapasitinya telah penuh dan mencapai tahap maksimum. KPKT telah mencadangkan dua tapak baru bagi pembinaan Waste To Energy (WTE) iaitu di Bukit Ketam bagi timur Pahang dan Bentong bagi selatan Pahang. 3. KPKT sedang memperkemas perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dan pihak operator tapak pelupusan sampah tidak mengikut garis panduan Akta… Read More

Majlis Daerah Maran terima RM7 juta peruntukan pembaikan dan naiktaraf

22 Februari, MARAN: Majlis Daerah Maran hari ini telah menerima peruntukan RM7 juta yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. Datuk Zuraida dan deligasi KPKT dalam lawatan kerja rasmi ke negeri Pahang bermula semalam telah berkunjung ke beberapa lokasi sekitar Maran untuk dibangunkan dan naiktaraf kemudahan selain perancangan pemulihan yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini. Sejumlah RM7 juta diluluskan adalah peruntukan yang melibatkan usaha-usaha pembangunan Daerah Maran merangkumi RM5 juta bagi pembaikan & naiktaraf kemudahan yang rosak akibat banjir, RM1 juta khusus untuk pengurusan sisa… Read More