Perancah besi lebuh raya runtuh, 2 cedera

SUNGAI BULOH: Dua pekerja warga asing cedera selepas perancah besi yang digunakan dalam pembinaan Lebuhraya Sungai Buloh-Kota Damansara runtuh malam tadi. Kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an cedera selepas terkena serpihan batu konkrit dan kerangka besi.null Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kejadian itu berlaku sekitar pada jam 7.10 malam sebelum pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 7.13 malam. “Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba di lokasi jam 7.27 malam. “Setibanya di lokasi pasukan… Read More

Lebuhraya SUKE, DASH bakal pacu pertumbuhan ekonomi, kata pakar

(FMT News) PETALING JAYA: Seorang pakar pengangkutan, ahli ekonomi dan ketua kumpulan perniagaan meramalkan projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bakal meningkatkan ekonomi Malaysia selepas siap dibina. Perunding perancangan pengangkutan, Rosli Azad Khan berkata, manfaat segera daripada kedua-dua lebuh raya itu adalah waktu perjalanan lebih singkat, membolehkan pengguna menjimatkan kos perjalanan. “Dalam kes SUKE, ini adalah jalan pintas yang berguna kerana pengguna tidak perlu melalui lingkaran jalan Kuala Lumpur yang selalunya sesak dan memakan masa,” katanya Walaupun pengguna perlu membayar tol, Rosli berkata, caj tambahan… Read More

Pengguna lebuh raya KLK diminta jangan solat di lorong kecemasan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos  — Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dinasihat agar tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya itu atas faktor keselamatan. Menurut kenyataan media pemegang konsesi KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad memaklumkan tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan tersebut. “Kami amat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur pada setiap kali musim perayaan dan cuti umum. Namun, kami sebagai… Read More