Isu letak jawatan, Shahril seru fikir semua sudut sebelum bertindak

KUALA LUMPUR, 31 Mac ― Umno perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum menetapkan tarikh bagi wakil parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangannya Shahril Sufian Hamdan. “Adakah dengan tarik diri sekarang adalah yang terbaik?. Itu kena dibincangkan. Mungkin benda itu kita rasa terbaik untuk Umno tapi ada kesannya kepada rakyat. Jadi Umno kena juga memikirkan perkara itu dan saya yakin itu akan dipertimbangkan,” katanya. Ditemui pemberita selepas menjadi ahli panel pada Forum Demokrasi Malaysia: “Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia’, di sini semalam, Shahril Sufian berkata tiada… Read More

11 ahli PKR Sabah isytihar keluar parti

Sekumpulan 11 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang parti itu hari ini mengisytiharkan keluar daripada PKR. Kumpulan yang diketuai Datuk Nani Sakam, yang juga bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah turut mendakwa ribuan penyokong masing-masing menyertai mereka keluar daripada PKR. Nani dalam sidang akhbar ketika mengisytiharkan perkara itu berkata mereka mengambil keputusan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR Sabah yang diketuai Datuk Christina Menurutnya kumpulan berkenaan belum menentukan hala tuju perjuangan politik selepas ini. Beberapa anggota polis turut berada di lokasi… Read More

Noh Omar letak jawatan Pengerusi MISC

KUALA LUMPUR: MISC Bhd (MISC) mengumumkan Tan Sri Noh Omar yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 1 Jun lalu, telah meletak jawatannya, berkuatkuasa semalam.null MISC dalam satu kenyataan berkata, Noh membuat keputusan meletak jawatannya setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Tan Sri Noh Omar mengucapkan selamat maju jaya kepada Lembaga Pengarah MISC dan pihak pengurusan untuk membawa syarikat ke peringkat lebih tinggi. Begitu juga, Lembaga Pengarah MISC mengucapkan yang terbaik dalam apa juga yang diceburi beliau pada masa hadapan,” kata kenyataan itu. Noh, 62, adalah Ahli Parlimen Tanjung… Read More