Majlis Daerah Maran terima RM7 juta peruntukan pembaikan dan naiktaraf

22 Februari, MARAN: Majlis Daerah Maran hari ini telah menerima peruntukan RM7 juta yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. Datuk Zuraida dan deligasi KPKT dalam lawatan kerja rasmi ke negeri Pahang bermula semalam telah berkunjung ke beberapa lokasi sekitar Maran untuk dibangunkan dan naiktaraf kemudahan selain perancangan pemulihan yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini. Sejumlah RM7 juta diluluskan adalah peruntukan yang melibatkan usaha-usaha pembangunan Daerah Maran merangkumi RM5 juta bagi pembaikan & naiktaraf kemudahan yang rosak akibat banjir, RM1 juta khusus untuk pengurusan sisa… Read More

RM2 Juta Peruntukan Pembangunan Naiktaraf Tanjung Sedili

12 Disember, KOTA TINGGI: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah mengumumkan peruntukan awalan RM2 juta bagi tujuan pembangunan dan naiktaraf di Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Sejumlah RM1 juta daripada peruntukan awalan diumumkan tersebut adalah melibatkan naiktaraf jeti polis marin dan kompleks penjaja Pekan Tanjung Sedili. Manakala sebahagian lagi RM1 juta adalah untuk pembangunan infra dan naiktaraf lokasi pelancongan di Jason Bay yang dikenali sebagai Teluk Mahkota. Turut sama dalam lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini adalah ahli parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Wira Halimah… Read More

Rencana | Minggu Sibuk Zuraida Kamaruddin Realisasi Kesejahteraan Rakyat

Mengapa disebut sebagai minggu sibuk buat Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Hajah Zuraida Kamaruddin? Sesudah melalui beberapa hari berkempen di Dun Merotai yang terletak di Daerah Tawau, Sabah, pulang sahaja ke Kuala Lumpur beliau terus bergegas ke program Hub Komuniti di Taman Murai Jaya, Melaka. Kemudian hari yang sama, Hajah Zuraida telah meluluskan peruntukan sejumlah RM300 ribu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya untuk menaiktaraf saliran yang menjadi punca kejadian banjir kilat. Belum reda lagi kisah pemberian surat tawaran kediaman mampu milik PPR kepada 25 artis veteran di Lembah Subang minggu sebelumnya, sekali… Read More

Bomba Sukarela & Pasar Sabak Bernam Terima Limpahan Kesejahteraan Rakyat

Lawatan kerja Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ke Daerah Sabak Bernam telah memberi kesan positif buat masyarakat setempat. YBM Hajah Zuraida telah menyumbangkan RM5,000 kepada Bomba Sukarela Sabak Bernam. Pasukan bomba sukarela ini telah berkhidmat sejak 1995 di Sabak Bernam. Turut menerima ‘limpahan kesejahteraan rakyat’ melalui lawatan kerja Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini adalah Pasar Sabak Bernam apabila sejumlah peruntukan naik taraf RM1 juta telah diumumkan oleh YBM Hajah Zuraida. Peruntukan naik taraf tersebut akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Sabak Bernam.