Rencana | Minggu Sibuk Zuraida Kamaruddin Realisasi Kesejahteraan Rakyat

Mengapa disebut sebagai minggu sibuk buat Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Hajah Zuraida Kamaruddin? Sesudah melalui beberapa hari berkempen di Dun Merotai yang terletak di Daerah Tawau, Sabah, pulang sahaja ke Kuala Lumpur beliau terus bergegas ke program Hub Komuniti di Taman Murai Jaya, Melaka. Kemudian hari yang sama, Hajah Zuraida telah meluluskan peruntukan sejumlah RM300 ribu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya untuk menaiktaraf saliran yang menjadi punca kejadian banjir kilat. Belum reda lagi kisah pemberian surat tawaran kediaman mampu milik PPR kepada 25 artis veteran di Lembah Subang minggu sebelumnya, sekali… Read More

Bomba Sukarela & Pasar Sabak Bernam Terima Limpahan Kesejahteraan Rakyat

Lawatan kerja Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ke Daerah Sabak Bernam telah memberi kesan positif buat masyarakat setempat. YBM Hajah Zuraida telah menyumbangkan RM5,000 kepada Bomba Sukarela Sabak Bernam. Pasukan bomba sukarela ini telah berkhidmat sejak 1995 di Sabak Bernam. Turut menerima ‘limpahan kesejahteraan rakyat’ melalui lawatan kerja Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini adalah Pasar Sabak Bernam apabila sejumlah peruntukan naik taraf RM1 juta telah diumumkan oleh YBM Hajah Zuraida. Peruntukan naik taraf tersebut akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Sabak Bernam.

Rakyat Kedah Bakal Menikmati Limpahan Kesejahteraan

Lawatan kerja Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin ke negeri Kedah baru-baru ini bakal memberi kesan positif kepada pembangunan kemudahan kesejahteraan masyarakat. Peningkatan penduduk dan keperluan utama kediaman telah memberi inspirasi buat KPKT untuk melaksanakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kedah. Dua PPR baharu yang bakal dibina melibatkan kos RM128 juta sebagaimana yang telah diumumkan oleh Hajah Zuraida. Beliau turut mengumumkan naik taraf dua pusat pelupusan sampah di negeri tersebut menjadi ‘waste to energy’ (WTE) yang berupaya menguruskan sampah dan sisa pepejal secara cekap di Kedah. Dua pengumuman ini… Read More

Kunjungan Menteri Perkukuh Kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dengan KPKT

6 September, Alor Setar: Hari ini berlangsung kunjungan hormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamaruddin ke atas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bersama delegasi KPKT di Wisma Darul Aman. Pertemua antara kedua-dua telah membincangkan beberapa perkara termasuk perancangan pembangunan di Kedah meliputi pembangunan perumahan, pengurusan sisa pepejal serta peningkatan aktiviti ekonomi setempat. Terdahulu, YB Zuraida telah melakukan lawatan turun padang ke daerah iaitu Sungai Petani, Sik dan Pendang bagi melihat sendiri perancangan dan permasalahan daripada penduduk setempat. _PPI