Berita Ringkas |Demonstrasi Memuncak di Beirut

BEIRUT: Penunjuk perasaan menyerang beberapa kementerian pada Sabtu, dalam serangan dipercayai dirancang berikutan kemarahan rakyat susulan letupan besar yang mengorbankan lebih 158 orang dengan 6,000 cedera. Demonstrasi itu menambah lagi tekanan kepada kerajaan yang dikecam akibat krisis ekonomi, selain tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang meletak jawatan menjadikan lima wakil rakyat sudah berbuat demikian sejak letupan dahsyat 4 Ogos lalu. – AFP

Tiada anggota MALBATT terbabit dalam letupan di Lubnan – ATM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Angkatan Tentera Malaysia mengesahkan tiada anggotanya yang bertugas di Lubnan terbabit dalam insiden letupan di Beirut pada petang Selasa. Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan membabitkan 216 anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang menyertai Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan.  “Buat masa ini tiada anggota yang terbabit,” katanya ringkas selepas majlis perasmian penyerahan al-Quran wakaf dan pelancaran  al-Quran corner di auditorium Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di sini, hari ini.  Beliau berkata anggota dan… Read More

Letupan di Beirut: Malaysia sedia hulur bantuan – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 5 Ogos  — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesediaan Malaysia untuk menghulurkan apa jua bantuan diperlukan Lubnan, selepas ibu negaranya digegarkan dengan letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang maut dan lebih 3,000 lagi cedera. Beliau berkata kerajaan dan rakyat Malaysia bersimpati dengan keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu serta berdoa agar mereka tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan. “Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Lubnan atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menggemparkan negara itu pagi tadi,” katanya dalam catatan terbaru di akaun Facebooknya. Letupan yang berlaku kira-kira tengah malam Selasa waktu… Read More

Beirut blast: Dozens dead and thousands injured, health minister says

A large blast in the Lebanese capital, Beirut, has killed at least 70 people and injured more than 4,000 others, the health minister says. Videos show smoke billowing from a fire, then a mushroom cloud following the blast at the city’s port. Officials are blaming highly explosive materials stored in a warehouse for six years. President Michel Aoun tweeted it was “unacceptable” that 2,750 tonnes of ammonium nitrate was stored unsafely. An investigation is under way to find the exact trigger for the explosion. Lebanon’s Supreme Defence Council said those responsible would… Read More