Najib dihukum penjara 72 tahun, denda RM210 juta

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara 72 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah tujuh pertuduhan salah guna, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. Mohd Nazlan membuat keputusan itu selepas selesai membaca penghakimannya bagi kesemua pertuduhan itu selama dua jam. Sumber Sinar Harian

Najib Razak Didapati Bersalah Salahguna Kuasa Dana RM42 juta SRC International

Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.‬ ‪Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. @501Awani #KesNajibRazak BREAKING: SRC INTERNATIONAL CRIMINAL TRIAL: KL High Court found former Malaysia PM Najib Abdul Razak@NajibRazakguilty on one count of abuse of power. Verdict on other charges soon. Stay tuned.

Keputusan mesyuarat Parlimen tak boleh dicabar mahkamah

KUALA LUMPUR: Keputusan mesyuarat atau persidangan yang diputuskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak boleh dipertikaikan di mahkamah mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, kata seorang pakar undang-undang. Bagaimanapun, ada peruntukan di bawah perkara itu yang menyebut bahawa kalau ucapan dalam Parlimen mengandungi unsur hasutan, Ahli Parlimen boleh dituduh di bawah Akta Hasutan (1948). “Itu saja pengecualian di mana mahkamah boleh campur tangan (dalam hal berkaitan Parlimen),” kata Pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood ketika dihubungi BH hari ini. Sehubungan itu, katanya, bagi urusan… Read More

Pegawai JPJ dipenjara, denda, kerana terima rasuah pinda rekod MySIKAP

KUANTAN, 23 Jun — Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah atas dua tuduhan menerima RM850 bagi meminda rekod lesen kenderaan motor (LKM) dalam sistem portal MySIKAP, tiga tahun lepas.  Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Kamal Mohd Rosli, 39, membayar denda RM1,000 atau jika gagal, hukuman penjara ditambah dua bulan lagi. Ahmad Kamal yang bertugas sebagai pembantu tadbir di JPJ cawangan Temerloh dekat sini, didakwa menerima wang tunai yang didepositkan ke dalam akaun bank miliknya oleh seorang orang tengah sebanyak… Read More