Penggerak terkehadapan hulur sumbangan sosial

Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikeluarkan kerajaan di beberapa kawasan akibat gelombang ke tiga Covid-19, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Penggerak Komuniti Negara dilihat konsisten terus terkehadapan turun padang menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Penggerak Komuniti Negara yang mengangkat Dasar Komuniti Negara atas cetusan idea Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin terus dilihat memberi kesan positif apabila terus rapat mendampingi denyut nadi rakyat terutamanya golongan B40 dan miskin bandar. Hampir keseluruhan parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga beberapa parlimen di Selangor telah digerakkan untuk… Read More

MOF beri jaminan Belanjawan 2021 akan fokus aspek kelangsungan ekonomi

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memberi jaminan Belanjawan 2021 yang dijangka dibentangkan pada 6 November ini, akan terus menumpukan aspek kelangsungan ekonomi bagi memastikan momentum pemulihan ekonomi dapat dikekalkan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pihaknya kini giat merangka Belanjawan 2021, termasuk mengadakan sesi perbincangan bersama kementerian-kementerian lain bagi mempertimbangkan cadangan serta keperluan pengoperasian serta pembangunan. Beliau berkata, sebagaimana dinyatakan sebelum ini, Belanjawan 2021 itu mempunyai tiga matlamat utama untuk melindungi, memulih dan menjamin perkara seperti kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. “Pada masa sama, kerajaan juga menggesa rakyat… Read More

Semak Status Permohonan BPN 2.0 Anda

Semua warganegara Malaysia boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan lepas. Semakan status bermula hari ini (15 Oktober 2020).

Bulan Kemerdekaan |Sejarah Kota Melaka Ditawan Portugis

Genaplah 509 tahun pada tarikh 15 Ogos lepas sejarah Kota Melaka ditawan oleh penjajah Portugis yang menjadi kuasa imprealis Eropah pertama bertapak di Tanah Melayu (Malaya) yang ketika itu di bawah Kesultanan Melaka. Portugis ketika itu diketuai oleh Alfonso De Albuquerque telah berhempas pulas lebih daripada empat bulan percubaan menawan Kota Melaka yang menjadi pusat ekonomi, pentadbiran dan bandar bersemayam sultan Empayar Melaka. Albuquerque dan bala tentera Portugis menghadapi tentangan sengit pertahanan Melaka, situasi sangat berbeza buat Portugis yang mudah menawan dua kota pelabuhan di India iaitu Cochin dan Goa dalam masa… Read More