Komuniti |Zuraida Tonjolkan Toleransi dan Keharmonian Masyarakat

18 Ogos, Ampang: Ogos adalah bulan kemerdekaan di Malaysia, suatu hakikat yang diketahui oleh seluruh rakyat negara ini. Singapura dan Indonesia juga meraikan hari kemerdekaan negara masing-masing juga dalam bulan Ogos. Toleransi dan keharmonian adalah modal semangat kemerdekaan. Hari ini, Hajah Zuraida Kamaruddin hadir ke Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SJK Tamil Ampang. Majlis ini menjadi bermakna buat pihak sekolah dengan sumbangan RM50 ribu melalui Parlimen Ampang yang disampaikan oleh Hajah Zuraida. Kemudian Hajah Zuraida melawat dan menyerahkan sumbangan kepada Encik Chiwe Kiew Boon dan Encik Liew Soon Tai yang merupakan mangsa kebakaran… Read More

PM lancar kempen pembudayaan norma baharu pagi ini

MUAR, 8 Ogos — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, pagi ini. Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri juga dijangka melancarkan Buku Pembudayaan Norma Baharu Komuniti yang diterbitkan Kementerian Kesihatan (KKM). https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1868312

Komuniti | SEMANGAT MERDEKA BARU

Seakan menyerap semangat Wanita Besi Britain, Margaret Thetcher yang juga mantan Perdana Menteri UK, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin melaungkan cogankata ‘Kerajaan Baru, Semangat Merdeka Baru’ sebagai pelonjak patriotik masyarakat. Semasa mula-mula Margaret menjadi PM UK pada tahun 1979, negara tersebut dihimpit masalah pengangguran yang tinggi akibat kemelesetan ekonomi dunia dan ketika itu juga gerakan pembebasan Ireland Utara, IRA dan Sein Fein menjadi ancaman keselamatan dalam negeri di Britain. Namun pada tahun 1981 telah berlaku Perang Falklands apabila junta Argentina telah menawan wilayah naungan British tersebut. Perang ini memberi makna besar kepada UK… Read More

Konvoi Merdeka@Komuniti: Menyemarakkan Semangat Patriotisma Masyarakat.

25 Julai, Ampang: Wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia umpama peperangan alaf baru yang lebih dasyhat daripada Perang Dunia Kedua. Masyarakat dunia berdepan dengan ‘musuh halus sebesar zarah’ yang berkeupayaan tinggi memusnahkan kehidupan. Namun secara positif di sebalik kejadian, semangat patriotik atau semangat kenegaraan warganegara kita melonjak apabila setiap golongan rakyat berganding bahu bersama kerajaan melawan Covid-19. Rata-rata masyarakat tidak mempedulikan ‘kehangatan’ politik tetapi mereka menumpu tenaga mematuhi langkah-langkah keselamatan PKP. Awal pagi ini, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin memulakan flag-off Konvoi Merdeka@Komuniti : Jelajah Parlimen Ampang peringkat negeri Selangor. Ini… Read More