Kedudukan UUM meningkat

Alor Setar: Universiti Utara Malaysia (UUM) melonjak kedudukan di tangga 161 dalam Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2021 berbanding di kedudukan 201-250 pada tahun lalu. Lonjakan ini sekali gus menjadikan UUM satu-satunya universiti awam di bawah usia 50 tahun di Malaysia yang mencatatkan peningkatan. Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pencapaian berkenaan menaikkan lagi reputasi UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka di persada antarabangsa. Katanya, 37 tahun penubuhan UUM melayakkan universiti ini menjadi antara universiti terbaik dunia di bawah usia 50 tahun. “UUM terus konsisten mempamerkan… Read More