Membawang Akhir Zaman: Batu api politik dalang petisyen ke atas Finas

FINAS sekali lagi diuji polemik terbaharu dengan beberapa persatuan perfileman, namun kali ini ia dapat dihidu sebagai ‘usaha gelap politik’ yang menjadi batu api menggerakkan petisyien ke atas Pengerusi dan CEO Finas. Kesian brader Zakaria, asyik kena kecam je. MAZ diberitahu oleh kawan-kawan mulut kepoh, wujud usaha terancang memutuskan komunikasi dua hala antara Finas dan para penggiat perfileman terlibat agar ‘konflik terancang’ ini berterusan sehingga mencapai tahap kerosakan total kepada Finas. Wah! Namun apakah usaha gelap ini tidak diketahui langsung oleh Finas? Kawan-kawan mulut kepoh MAZ kata lagi, Pengerusi FINAS brader Zakaria… Read More

Membawang Akhir Zaman (MAZ): Zahid masih ber-mentor-kan Anwar?

Meletup kejap satu negara apabila Annuar Musa mendedahkan wujud surat pimpinan utama Umno yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM. Lebih gempar, melalui surat tersebut ia terserlah usaha Zahid-Najib mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Walaupun sudah menjadi Presiden Umno, Zahid Hamidi masih lagi ‘akur’ dan ‘ikut telunjuk’ Anwar Ibrahim yang merupakan bekas boss Zahid semasa beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia semasa Anwar dipecat oleh Mahathir pada 2 September 1998 dulu. Tindakan itu dilihat sebagai usaha mengheret Umno terlibat dengan gerakan politik melalui ‘gabungan’ PH-Umno. Soal utamanya, apakah keseluruhan ahli Umno sanggup… Read More

Membawang Akhir Zaman (MAZ): Nasi Lemak Sambal Lipas!

Orang bandar yang jenis kerja di pejabat memang tak sempat nak memasak awal pagi kalau masuk pejabat pukul 8 atau 9 pagi. Kebanyakan mereka akan membeli makanan untuk sarapan di gerai-gerai tepi jalan. Awas kalau kau orang membeli nasi lemak atau jajan. Sebelum makan periksa dulu takut-takut ada pulak ‘menu’ tambahan. Ini terjadi dengan seorang kawan MAZ. Tiap hari dia akan membeli 5-6 bungkus nasi lemak untuk geng dalam opis. Entah satu pagi memang nak jadi cerita. Kebetulan dia dah balun dua bungkus masa awal pagi di opis. Kemudian ada baki tiga… Read More

Membawang Akhir Zaman (MAZ): Kontroversi Neelofa lonjak rating!

Kontroversi dan gosip memang menjadi aspek utama segelintir artis mempopularkan diri dan rating. Walaupun dalam politik kaedah ini ada digunakan, namun bab membawang akan tertumpu kepada gosip artis. MAZ nak kongsi beberapa pandangan. Dua isu hangat akhir tahun yang masih diperkatakan oleh netizen membawang semalaysia adalah kontroversi Neelofa putus tunang dan Khairy Jamaludin jatuh basikal. Neelofa seorang ‘business woman’ manakala Khairy adalah seorang politikus taraf MP dan Menteri. Kedua-dua kejadian yang menimpa mereka menjadi ‘aset berharga’ melonjakkan rating dalam ruang maya. Lihat sahaja kisah Neelofa dan Khairy mendapat perhatian meluas dalam media… Read More