Berita Ringkas |11 Persatuan Penduduk Terima Sumbangan RM1 ribu Menteri KPKT

20 Ogos, Shah Alam: RM1,000 disumbangkan kepada 11 persatuan Penduduk di Perbadanan Pengurusan Anggerik 21 Shah Alam bagi membaikpulih bangunan yang disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YBM Hajah Zuraida Kamaruddin. Sumbangan tersebut disampaikan dalam sesi taklimat oleh MBSA dan Bahagian Perkhidmatan Perbandaran KPKT di Pangsapuri Seksyen 24 Shah Alam. _PPI

Berita Ringkas: SPRM Tahan Tiga Lagi Penguatkuasa MBSA

SPRM tahan tiga lagi penguatkuasa MBSA disyaki terima rasuah lindungi premis perniagaan tiada lesen, pusat judi di Sungai Buloh – Timbalan KP (Operasi) SPRM —BERNAMA

Berita Ringkas |Penguat kuasa MBSA direman 7 hari

PUTRAJAYA: Empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang individu dipercayai penjual rokok seludup, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Ogos ini. Majistret, Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan perintah reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di hadapannya kira-kira jam 9.20 pagi ini. Semua yang ditahan reman bermula pagi ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. BH ONLINE