Tanjung Tuan lokasi pelancongan dikongsi Melaka-Negeri Sembilan

Tanjung Tuan terkenal sebagai lokasi strategik rumah api yang menjadi panduan kapal-kapal berlayar di Selat Melaka. Namun begitu tanjung yang terletak di Lagun Biru, Port Dickson ini mempunyai tarikan alam semulajadi yang menjadi tumpuan pelancongan. Walaupun terletak di dalam Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan tetapi Tanjung Tuan adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Alor Gajah Melaka. Rumah Api Cape Rachado adalah rumah api bersejarah yang dibina pada tahun 1528 oleh Portugis selepas menjajah Melaka. Kemudian ia berpindah milik kepada Belanda, British dan Malaya sehingga sekarang. Terdapat satu lagi lokasi tumpuan di sini… Read More

Penggerak Melaka istiqamah bela rakyat, kritikan Anwar bersifat dendam kesumat

Penggerak Dasar Komuniti Negara – Negeri Melaka menzahirkan rasa kekesalan teramat sangat diatas kritikan dilemparkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia YB Dato Seri Anwar Ibrahim. Menurut kenyataan Pengerusi Penggerak Melaka, YB Datuk Muhammad Jailani Khamis, kritikan ini tidak melambang kebijaksanaan dan kematangan daripada Anwar yang sekian lama berada di lanskap politik negara. Tambah Jailani lagi, secara jelasnya kritikan ini adalah berasaskan dendam kesumat terhadap seseorang (YB Zuraida Kamaruddin) yang kini tidak lagi memberi dan menyatakan sokongan secara total kepada cita-cita dan hasrat peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ke 7, ke 8… Read More

Hajah Zuraida Kamaruddin rasmi Pejabat Penggerak Melaka

30 Oktober, Melaka: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin petang ini telah merasmikan Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) dalam satu majlis yang berlangsung di Klebang Besar, Melaka. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh YB Dato’ Jailani Khamis selaku Pengerusi Penggerak Negeri Melaka, YB Dato’ Norizam Bakhtee, dan wakil-wakil pimpinan Perikatan Nasional iaitu Pesuruhjaya PAS Melaka dan Timbalan Pengerusi Bersatu Melaka. Penggerak Melaka juga turut menyerahkan 3,500 borang permohonan keahlian Penggerak Komuniti Negara seluruh Melaka kepada Hajah Zuraida.

Berita Ringkas | Menteri KPKT ke Perasmian Pejabat Penggerak Melaka

30 Oktober, Melaka: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Hajah Zuraida Kamaruddin hadir ke majlis perasmian Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) Melaka. Turut hadir YB Dato Jailani Khamis, YB Norizam Bakhtee dan wakil-wakil pimpinan Perikatan Nasional Melaka.