Kitar Semula elak pencemaran saliran & sungai

Membudayakan amalan kebersihan sebagai suatu cara hidup adalah cabaran besar dalam suasana komuniti di negara ini yang tak menyeluruh peka terhadap alam sekitar. Inilah antara sembilan sasaran utama Dasar Kebersihan Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bersih menjelang tahun 2030 akan datang. Mengubah cara berfikir untuk membentuk sikap positif bukan mudah tetapi boleh dilaksanakan melalui disiplin masyarakat. Jangan terkejut sikap dan mentaliti seperti setinggan sebenarnya wujud dalam kelompok komuniti M40 dan T20. Kerap kali mentaliti gaya setinggan yang mengabaikan aspek kebersihan persekitaran, diri dan tempat tinggal dicontohkan kepada golongan B40 dan merempat…. Read More

Wabak Covid-19 bangkit kesedaran kebersihan masyarakat

Setiap peristiwa dan bencana alam yang melanda manusia pasti ada sebab musabab serta kesan baik buruk kepada sosiologi masyarakat. Wabak Covid-19 adalah suatu ancaman hebat kepada peradaban manusia dalam kurun ke-21. Ia menjadi gugatan terbesar seluruh dunia selepas Spanish Flu yang berlaku pada awal kurun ke-20 lalu (1918-1921). Masyarakat telah didedahkan maklumat khusus dan terperinci tentang virus Covid-19. Perkembangan teknologi komunikasi terutama teknologi telefon bimbit android mempercepatkan sebaran informasi virus dan wabak Covid-19. Masyarakat menjadi peka khusus melibatkan hal kebersihan yang berkaitrapat dengan sebaran virus ini. Mungkin sebelum ‘kedatangan’ wabak Covid-19, ada… Read More

Usahasama SWCorp-PKN menjayakan Dasar Kebersihan Negara

23 Mac, CYBERJAYA – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Penggerak Komuniti Negara (PKN) bertempat di Dewan Lestari, Ibu Pejabat SWCorp hari ini MoU telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp. Haji Ismail Mokhtar dan Nor Hizwan bin Ahmad, Pengerusi Penggerak Kamuniti Negara yang telah disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. Usahasama strategik ini mewujudkan platform kerjasama antara agensi kerajaan dan PKN selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai 300 ribu keahlian berdaftar seluruh negara. Jalinan kerjasama ini juga… Read More