Berita Ringkas | PRN Sabah: Undi Awal, 76 peratus keluar mengundi

Statistik Keluar Mengundi Awal Bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah ke-16 pada jam 5.00 petang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah 76 peratus daripada 16,877 pengundi awal berdaftar. Sumber: SPR

Rencana | Ceramah kempen Mohamadin Ketapi Jejas Sokongan Warisan

Samada bekas Menteri Pelancongan Mohamadin Ketapi seorang yang ‘palui’ atau sengaja mencari publisiti, kata-kata beliau yang bernada sinis terhadap anggota-anggota keselamatan (ATM & PDRM) mempertahankan Sabah daripada serangan militan beberapa tahun dulu adalah suatu langkah silap. Mohamadin dalam satu ceramah kempen pilihanraya pada 20 September lepas membayangkan bahawa ‘tiada pertempuran’ berlaku dengan mengatakan hanya ayam dan anjing ditembak oleh anggota-anggota keselamatan semasa di Tanduo. Kesilapan Mohamadin ini telah dieksploit sebaik mungkin oleh Perikatan Nasional, keghairahan Warisan memainkan sentimen ‘Sabah for Sabahan’ ini telah memakan diri. Mohamadin sebagai bekas menteri persekutuan seharusnya faham… Read More

PRN Sabah: Pengundian Undi Awal Hari Ini

22 September, PRN Sabah: Hari ini berlangsung proses mengundi melibatkan 16, 877 orang pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri Sabah. Ironiknya isu serangan militan di Tanduo beberapa tahun lalu telah dimainkan oleh calon Warisan, bekas Menteri Pelancongan Mohamadin Ketapi dianggap menghina pengorbanan pasukan keselamatan dijangka mempengaruhi pengundi-pengundi awal khususnya pasukan keselamatan (ATM & PDRM).

PRK N58 Slim: Mengundi Awal Capai 79 Peratus Setakat Jam 1:00 tengahari

Perkembangan semasa proses pengundian bagi pemilih awal PRK N58 Slim setakat jam 1:00 tengahari tadi. Statistik Keluar Mengundi Awal Bagi Pilihan Raya Kecil N.58 SLIM pada jam 1.00 tengah hari : Peratus Keseluruhan : 79% Sumber: SPR