RCEP dijangka dimeterai November tahun ini, kata Azmin

Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkata, menteri perdagangan dan industri negara peserta RCEP sepakat untuk memeterainya menerusi keputusan yang dicapai pada 23 Jun lepas. Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka ditandatangani oleh negara yang menyertainya, termasuk Malaysia pada November ini, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, kalangan menteri perdagangan dan industri negara peserta RCEP sepakat untuk memeterainya menerusi keputusan yang dicapai pada Mesyuarat Maya Peringkat Menteri Antara Sesi RCEP ke-10 pada 23 Jun lepas. Menurutnya, RCEP bakal menjadi perjanjian perdagangan… Read More

Azmin akan bertemu pemain industri di Johor, bincang dampak COVID-19

Menteri kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali akan bertemu dengan pemain industri semasa lawatan dua harinya ke Johor bermula esok. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian tersebut untuk menangani cabaran dan isu-isu yang dihadapi oleh industri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik Covid-19. Mohamed Azmin akan diiringi Ketua Setiausaha MITI Lokman Hakim Ali dan para pegawai kanan lain. “Inisiatif ‘turun padang’ ini akan membolehkan industri mengusulkan cadangan dan pandangan mereka kepada kerajaan terutamanya berkaitan… Read More

Azmin Ali ketuai delegasi perundingan RCEP

KUALA LUMPUR, 22 Jun —  Perundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan diteruskan pada Mesyuarat Peringkat Menteri Antara Sesi ke-10 yang akan berlangsung secara maya esok. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengetuai delegasi pada perundingan RCEP bersama-sama 14 negara peserta lain terdiri daripada negara anggota ASEAN dan lima rakan kongsi ASEAN FTA iaitu Jepun, Korea, China, Australia dan New Zealand. Tahap perundingan semasa adalah tonggak penting ke arah jangkaan untuk menandatangani Perjanjian RCEP menjelang akhir tahun, kata MITI dalam satu kenyataan hari ini. “Para menteri Ekonomi dan… Read More