2,500 kes positif harian dicatat hari ini

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Setakat jam 12 tengah hari, Malaysia mencatatkan 2,500 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia 417,512 kes. 2,068 kes sembuh dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 385,208 kes. Kadar kepulihan setakat ini adalah 92.26% Sejumlah 18 kes kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes maut 1,551 kes.