MOF beri jaminan Belanjawan 2021 akan fokus aspek kelangsungan ekonomi

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memberi jaminan Belanjawan 2021 yang dijangka dibentangkan pada 6 November ini, akan terus menumpukan aspek kelangsungan ekonomi bagi memastikan momentum pemulihan ekonomi dapat dikekalkan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pihaknya kini giat merangka Belanjawan 2021, termasuk mengadakan sesi perbincangan bersama kementerian-kementerian lain bagi mempertimbangkan cadangan serta keperluan pengoperasian serta pembangunan. Beliau berkata, sebagaimana dinyatakan sebelum ini, Belanjawan 2021 itu mempunyai tiga matlamat utama untuk melindungi, memulih dan menjamin perkara seperti kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. “Pada masa sama, kerajaan juga menggesa rakyat… Read More

Semakan status permohonan dan rayuan BPN 2.0

Kerajaan pada September lalu telah mengumumkan Bantuan Prihation Nasional (BPN) 2.0 sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan COVID-19. Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan. Bermula hari ini, semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat melalui portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/. Sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu dan rayuan boleh dikemukakan mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Semakan Status Dan Permohonan Baharu Bantuan Prihatin 2.0 Boleh Dibuat Bermula Hari Ini

Kenyataan Rasmi Zuraida Kamaruddin: LGE Jalankan ‘Direct Nego’ Dua Projek KPKT

Semalam saya telah memaklumkan bahawa saya akan menyiasat tuduhan daripada pihak pembangkang Pakatan Harapan berkenaan dua projek yang dianugerahkan secaraRundingan Terus oleh KPKT. Seperti yang dijanjikan, siasatan telah dijalankan dan kini saya umumkan penemuannya. Projek yang dimaksudkan ialah Projek Sisa Pepejal Taman Beringin (bernilai RM170,294,400.00) dan Sistem Perisian Perakaunan Century (bernilai RM501,206.37). Saya dengan ini mengesahkan bahawa Rundingan Terus tersebut telah dijalankan oleh mantan Menteri Kewangan sendiri, YB Lim Guan Eng. Ini bertentangan sama sekali dengan permainan fakta yang cuba diputarbelitkan oleh pihak pembangkang Pakatan Harapan yang menuduh bahawa Rundingan Terus projek… Read More