MTUC gesa kerajaan, BNM lanjutkan moratorium enam bulan lagi

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah untuk memastikan pihak bank melanjutkan tempoh moratorium sedia ada kepada sekurang-kurangnya enam bulan lagi. Menerusi kenyataan hari ini, Setiausaha Agung, J. Solomon berkata lanjutan itu perlu diberikan terutama kepada kumpulan pekerja sasaran yang masih tidak mampu untuk membayar balik pinjaman. Ini akan merangkumi majoriti daripada 800,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan sehingga April tahun ini dan ribuan lagi yang terpaksa mengalami pemotongan gaji atau diberikan cuti tanpa gaji oleh majikan masing-masing, katanya. Beliau berkata untuk bank mengamalkan sikap… Read More