Ahli Parlimen BN kekal sokongan kepada Muhyiddin dan PN

8 Julai 2021: Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini sepakat untuk kekal menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pendirian tersebut berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bahawa Ahli-Ahli Parlimen diberi kebebasan untuk menyokong YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya dan jika berlaku sebarang pengundian dalam sesi Parlimen pada 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021. Keutamaan Ahli-Ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat direalisasikan dengan keyakinan… Read More