Pejabat Parlimen Ampang dan MPAJ rintis jalan penyelesaian isu Taman Bukit Mewah

15 April 2021, AMPANG JAYA: Wakil Pejabat Parlimen Ampang dan wakil-wakil Persatuan Penduduk Taman Bukit Mewah, Ampang telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahmad Alhairi hari ini. Pertemuan yang berlangsung di MPAJ tersebut telah membincangkan usaha-usaha penyelesaian Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCF) ke Sijil Menduduki (CF) atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi isu Taman Bukit Mewah yang tergantung kerana pemaju telah lama gulung tikar. Encik Sabri Abu Bakar telah mewakili Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, YB Datuk Hajah Zuraida… Read More

Highland Tower akan dirobohkan untuk pembangunan lestari dan pengindahan

6 April 2021, Ampang: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin meninjau lokasi Highlands Tower, Taman Hill View Ampang pagi ini. Tapak yang sudah lama terbiar ini bakal dibangunkan dengan pelan cadangan menjadikannya sebagai tapak bersejarah. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya merancang mengindahkan semula tapak kondominium Highland Towers dan menjadikannya sebagai tapak bersejarah. Turut hadir dalam tinjauan tapak tersebut adalah wakil-wakil pemaju dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Blok-blok Highland Towers yang terbiar sejak 28 tahun menjadi sarang penagih dadah dan tidak dibersihkan. Keadaan tersebut menjadi ancaman keselamatan… Read More