Tiada lagi suasana umpama ‘Dhaka’ di Jalan Teratai

Klang: Tiada lagi kumpulan warga asing melepak, bersiar-siar atau menunggang basikal dalam jumlah yang ramai di Jalan Teratai, Meru berhampiran kilang sarung tangan Top Glove sebagaimana tular, Rabu lalu. Tinjauan jam 6 petang hingga 7 malam tadi mendapati hanya kumpulan kecil warga asing silih berganti membeli keperluan makanan dari dua lori dan sebuah van di bahu jalan berdepan dengan Taman Bayu berhampiran kilang itu. Rata-rata mereka berjalan atau menaiki basikal dalam jumlah dua hingga tiga orang untuk membeli keperluan daripada peniaga berkenaan. Turut kelihatan beberapa kenderaan polis serta polis bermotosikal meronda di… Read More