Rencana |Bersatu Tonjolkan Dinamik Politik

Hari ini, 8 September 2020 genap empat tahun kewujudan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Politik Malaysia kini sangat dinamik, berbeza era terdahulu kerana dominasi Umno telah ‘membeku’ dinamika tersebut. Ia bermaksud keanjalan politik tanahair melalui anjakan pantas tidak mungkin terjadi era dominasi Umno kerana sebarang perubahan drastik siasah akan menggugat kelangsungan Umno sebagai ‘kuasa mutlak’ di Malaysia. Dulu, tarikh 8 Mac 2008 dianggap ‘titik majis’ politik Malaysia atas kejayaan blok pembangkang menafikan penguasaan dua pertiga Barisan Nasional (BN). Dua peristiwa besar politik terjadi penggal ke-12 iaitu kudeta kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan… Read More

Merdeka Center: Perikatan Nasional Pilihan Popular

Tinjauan terbaru menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan memberangsangkan. Menurut tinjauan badan penyelidik Merdeka Centre mendapati kadar penerimaan terhadap kepimpinan presiden Bersatu itu berada pada tahap 69 peratus. Tinjauan juga mendapati Perikatan Nasional (PN) lebih diterima umum berbanding Muafakat Nasional (MN) atau BN. Majoriti responden Melayu menyokong Umno dan PAS menyertai PN. Berkenaan keputusan bersalah yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd pula, 61 peratus responden bersetuju manakala 18 peratus tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan. Daripada jumlah itu, Merdeka… Read More

YDP Agong Titah Prinsip Rukun Negara Jadi Panduan & Amalan

31 Ogos, Putrajaya: Pagi tadi sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 berlangsung di Putrajaya. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah diraja menekankan agar prinsip-prinsip Rukun Negara menjadi panduan serta amalan semua pihak termasuk pemimpin negara, kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Rencana |Penyertaan Blok Azmin Kukuhkan Bersatu & Perikatan Nasional

Sebenarnya Azmin Ali mempunyai beberapa pilihan untuk gerakan politik selepas disingkirkan dari PKR. Antara pilihan yang diperkatakan umum adalah menubuhkan sebuah parti baharu atau menjadi ahli Perikatan Nasional (direct member) atau menyertai mana-mana parti komponen Perikatan Nasional. Azmin tidak memilih untuk menubuhkan sebuah parti baharu atas beberapa faktor iaitu keperluan dana kewangan yang besar bagi menguruskan organisasi baru, realiti jangka masa signifikan bagi memperkenal dan mempromosi entiti politik baru. Pilihan yang ini tidaklah menyukarkan Azmin untuk menzahirkannya, namun ia bukan pilihan strategik waktu singkat ini. Perikatan Nasional pula setakat ini masih menjalankan… Read More