Ahli MPT Bersatu bidas kritikan kurang ajar Exco DAP Selangor

18 Mei 2021, MARANG: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, YB Senator Datuk Razali Idris hari ini dalam satu kenyataan media membidas kritikan EXCO kerajaan negeri Selangor dari DAP, YB Teng Chang Kim. “Tindakan pemimpin DAP yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang yang mengkritik YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin, adalah satu perbuatan biadab dan tidak patriotik.” kata Razali. “Kritikan kurang ajar YB Teng Chang Khim yang juga seorang EXCO kerajaan Selangor tidak melambangkan keperibadian… Read More

Pekebun kecil Risda, peserta Felcra terima dividen RM189.08 juta – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembayaran dividen kepada pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dengan jumlah keseluruhan RM189.08 juta. Muhyiddin berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersetuju menyelaraskan pengagihan dividen berkenaan sebahagian usaha kerajaan membantu komuniti pekebun kecil Risda dan Felcra. “Melalui dividen Risda seramai 16,080 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah dan sawit di bawah Rancangan Tanam Baru Berkelompok ((RTBB) dan seramai 15,165 orang pekebun kecil yang mengusahakan Tanam Semula Komersil (TSK) bakal menerima dividen… Read More

Tinjauan Merdeka Center: Populariti Muhyiddin meningkat

24 April 2021, KUALA LUMPUR: Menurut tinjauan terbaru badan kajian Merdeka Center, populariti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kekal dengan tahap sokongan 67 peratus. Peratusan itu meningkat dari kajian terdahulu yang dijalankan pada awal tahun ini yang merekodkan kadar sokongan 63 peratus, menurut badan itu dalam kenyataan mengenai dapatan terbaharu. Kajian itu mendapati, Muhyiddin meraih sokongan paling besar dari pengundi Melayu sebanyak 83 peratus, dari pengundi India (66%) dan pengundi Cina (30%). Menurut Merdeka Center, lebih ramai berpendapat negara “bergerak ke arah yang betul”, sebanyak 41 peratus berbanding hanya 31 peratus dalam tinjauan… Read More

PM lancar inisiatif ‘Microsoft Bersama Malaysia’

19 April, PUTRAJAYA: Malaysia akan bekerjasama dengan Microsoft untuk mewujudkan ekonomi digital inklusif melalui inisiatif Bersama Malaysia dalam lima tahun akan datang. Di bawah inisiatif ‘Microsoft Bersama Malaysia’ yang dilancarkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, syarikat Microsoft akan melaburkan sekurang-kurangnya RM 4 bilion dalam 5 tahun bagi menubuhkan pusat data serantau pertama di Malaysia disamping membantu memperkasa sejuta rakyat Malaysia dengan kemahiran digital pada akhir tahun 2023. Melalui penubuhan pusat data serantau dan kerjasama strategik antara Microsoft bersama agensi dan pemain industri di Malaysia, inisiatif ini dijangka bakal… Read More