Selepas 90 hari umum ‘sokongan majoriti’, Anwar terus dipersenda!

oleh Teropong Undi Mungkin ramai tak sedar dan perasan hari ini (23 Disember) genap 90 hari selepas Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang ‘menyakinkan dan kuat’ pada 23 September lepas, iaitu tiga hari sebelum hari mengundi PRN Sabah. Dakwaan Anwar itu disusuli dengan kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin telah tumbang pada 23 September itu, sehingga kini masih gagal ‘terzahir’ dan Perikatan Nasional makin terkedepan. Setelah Belanjawan 2021 peringkat dasar, perbahasan peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga diluluskan oleh Dewan Rakyat, Perikatan Nasional mendapat anjakan moral dan kemenangan politik… Read More

PH berdepan tugas berat kekal sokongan, kata penganalisis

(FMT News) PETALING JAYA: Seorang penganalisis berkata Pakatan Harapan (PH) akan berusaha sedaya upaya mengekalkan sokongan daripada penyokongnya pada pilihan raya akan datang. Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, PH akan berusaha keras menangani masalah untuk mengekalkan sokongan daripada penyokong yang semakin kecewa dengan bekas gabungan kerajaan itu. Katanya, PH tidak boleh berfantasi ia dapat memperoleh undi golongan Melayu konservatif. Pada Pilihan Raya 2018, UMNO dan PAS memperoleh lebih 75% undi Melayu, tetapi perpecahan undi antara kedua-dua parti itu menjurus kepada kemenangan PH. “UMNO dan PAS meletakkan ramai… Read More

Dinamik politik Malaysia kembali diuji

Anjakan politik Malaysia selepas PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 lepas adalah sangat dinamik berbanding pada 8 Mac 2008. Setelah 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan tumbang pada 26 Febuari 2020, tahun ‘wawasan’ yang menjadi garisan baru medan siasah negara. Pemikiran biasa dan tak memahami seni politik akan mentakrifkan situasi politik Malaysia sebagai kucar-kacir. Namun buat ‘penganut-penganut’ seni politik, ia adalah suatu keadaan dinamik yang menganjak bentuk politik negara dalam seni permainan lebih progresif dan pantas. Secara kebetulan, bekas kepala-kepala Team Wawasan (Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid) masih terlibat dalam permainan politik… Read More

Bantuan Prihatin Nasional disalur, melegakan rakyat

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah pun disalurkan terus ke akaun orang ramai yang layak bermula 22 Oktober lepas. Ketika gelombang ketiga Covid-19 melanda negara, bantuan kerajaan ini telah melegakan kebanyakan rakyat bagi meringankan bebanan kos akibat pelaksanaan PKP dan beberapa negeri melalui pelaksanaan PKPB yang telah menghadkan pergerakan rakyat bagi mengelakkan penularan wabak. Pemberian wang bantuan ini fasa pertama akan bermula 22 Oktober dan fasa kedua pula akan disalurkan pada awal tahun 2021. Bantuan Prihatin Nasional ini adalah lanjutan daripada bantuan yang pertama ketika pertengahan tahun ini semasa negara menghadapi Perintah… Read More