Berita Ringkas |Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Musa Aman

8 September, PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan petang ini telah menolak rayuan Musa Aman dan 32 Adun bagi mencabar keputusan pembubaran DUN Sabah oleh TYT Dipertua Negeru Sabah. Keputusan ini sekaligus gagal menghalang Pilihanraya Negeri Sabah daripada dilangsungkan.

Rencana |PRN Sabah penentu kelangsungan politik Shafie Afdal

Selepas anjakan luarbiasa politik tanahair yang berlaku dalam PRU-14 9 Mei 2018, Sabah menjadi negeri yang berada dalam ‘darjah kehangatan’ politik sesudah PH ditumbangkan pada 29 Febuari lalu. Kesan perubahan drastik politik nasional pada 29 Febuari 2020, beberapa kerajaan negeri yang diperintah oleh PH turut tumbang dan bertukar tampuk kuasa oleh Perikatan Nasional di Perak, Johor, Melaka, Perak dan Kedah. PH masih bertahan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Tekanan luarbiasa turut dilalui oleh pemerintah kerajaan negeri Sabah, Parti Warisan Sabah bersama sekutunya UPKO dan PH yang secara hakikatnya telah dirampas… Read More

Berita Ringkas |Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Tinggi tolak permohonan 33 wakil rakyat

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak kes semakan kehakiman berhubung 33 wakil rakyat yang mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Penetapan berkenaan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim selepas sesi prosiding di Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan Rayuan, di sini.

Berita Ringkas |PRN Sabah: Semakan Kehakiman Pembubaran DUN Sabah Hari Ini.

Politik Sabah: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mula mendengar permohonan semakan kehakiman berhubung pembubaran DUN Sabah. —BERNAMA