Mohd Shafie Apdal mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah

By Bernama – 30 July 2020 KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selama kira-kira setengah jam di Istana Negeri, di sini, pagi ini. Kira-kira lima kenderaan dengan satu daripadanya mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) mengiringi kenderaan Mohd Shafie, masuk ke Istana Negeri melalui pintu di Padang Merdeka, pada kira-kira pukul 8.20 pagi, dan mereka dilihat keluar kira-kira setengah jam kemudian.null Pagi ini, Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan dijadual mengadakan sidang media pada pukul 10 pagi di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah…. Read More

#video Sidang Media Musa Aman Dapat Sokongan Majoriti Adun-adun Sabah, Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

Musa Aman dakwa raih majoriti mudah bentuk kerajaan baru di Sabah

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman hari ini mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun negeri itu. Adun itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan Umno. “Langkah seterusnya ialah menemui gabenor Sabah dan menyerahkan akuan bersumpah daripada Adun kepada beliau,” kata Adun Sungai Sibuga itu pada sidang media di sini. Beberapa minggu ini, timbul spekulasi akan berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah pimpinan Warisan, susulan dakwaan 14 hingga 16 Adun yang menyokong gabungan parti pemerintah itu akan bertukar kem. Ini bermakna pembangkang… Read More

Teori Kamal Hatta: PH Pun Khianati Mandat Rakyat

Aku meluat tahap nak muntah dengan gelagat politikus-politikus PH bercerabih tentang mandat rakyat. Galak sangat mereka tuduh Azmin dan Zuraida ‘mastermind’ menjatuhkan ‘mandat rakyat’. Anwar Ibrahim paling lantang Perikatan Nasional dengan istilah ‘kerajaan pintu belakang’. Aku nak petik otak kau orang balik, supaya ingat kisah Shafie Afdal naik jadi Ketua Menteri Sabah selepas PH menang PRU14 lepas. Sebelum kau orang kata aku penipu ke atau pembongak ke, lebih baik kau orang tengok keputusan PRU14 negeri Sabah bawah ini; Siapa yang menang agaknya bai? Kalau aku tak silap, BN yang berjaya membentuk kerajaan… Read More