Tiga ‘kuasa’ menyatupadukan manusia: makanan,muzik dan sukan

oleh Teropong UndiDunia sejagat bukan disatupadukan oleh kuasa politik sebenarnya. Politik adalah ‘alat bersifat taksub’ yang memaksa setiap kumpulan manusia akur kepada sesuatu kuasa atau fahaman. Namun ia lebih ‘memisahkan’ manusia kepada pecahan masyarakat atau bangsa mengikut acuan falsafah dan fahaman politik yang diistilah pelbagai kata samada demokrasi, liberal, konservatif, ultra-nasionalis, komunisme dan sosialis. Sedar atau tidak sedar, setiap manusia mempunyai naluri sama iaitu perlu makan. Tak kira jenis kaum, kumpulan politik atau komuniti, makanan menjadi pilihan istimewa yang lentur dikongsi bersama. Era kini jenama-jenama besar dan popular antarabangsa seperti Macdonald, KFC,… Read More

Metalhead Girl single terbaharu Subculture

MEMASUKI usia hampir tiga dekad dalam industri muzik, kumpulan Subculture yang ditubuhkan pada 1992 terus gagah melangkah dengan single terbaharu bertajuk Metalhead Girl yang bakal dilancarkan bersama lirik video rasmi, April ini. Mereka akan tampil dengan lagu ciptaan pemain gitar dan penyanyinya, Azreen serta susunan muzik oleh anggota Subculture sendiri iaitu Kabin (bass) dan Meor (dram). Rakaman dibuat di Greenhouse Studio, Kuala Lumpur dengan menggunakan dana mereka di bawah label sendiri iaitu Fun Friends Entertainment. Azreen berkata, Metalhead Girl menjadi langkah awal Subculture untuk mengumumkan ‘comeback’ mereka yang sudah agak lama menyepi…. Read More

Lagu Search bernilai jutaan ringgit

Kuala Lumpur: Pemain gitar Search, Noordin Taib mendedahkan ada beberapa pihak berminat untuk membeli katalog lagu-lagu kumpulan rock legenda itu yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. Noordin berkata, katalog lagu milik Go Search Sdn Bhd itu membabitkan lapan album studio mereka iaitu Fenomena, Karisma, Rampage, Gema Di Timur Jauh, Rock N’ Roll Pie, Bikin Wilayah, Selepas Banjir dan Gothik Malam Edan. “Buat masa ini ia masih di peringkat awal perbincangan. Ada pelbagai perkara lagi perlu diperhalusi,” katanya kepada Harian Metro. Selain Noordin, Search yang tahun ini mencecah usia 40 tahun turut dianggotai Kid… Read More

Pengusaha studio latihan turut terjejas akibat PKP

Pelaksanaan PKP bukan sahaja menjejaskan kelompok pemuzik dan penggiat-penggiat seni muzik lain tetapi ia turut memberi kesan besar kepada pengusaha-pengusaha studio latihan yang sinonim dengan istilah studio ‘jamming’. Berbeza semasa PKPB, kegiatan muzik masih boleh berlangsung secara terhad dengan persembahan pentas secara online. Ada pengusaha-pengusaha studio jamming yang bijak, mewujudkan gig atau persembahan online. Pengusaha-pengusaha studio jamming ini bergantung kepada sewaan studio oleh band-band muzik yang ingin berlatih. Itu sahaja sumber utama yang menjadi nyawa ekonomi perniagaan jenis ini. Tanpa kehadiran band-band ini samada untuk sesi latihan, rakaman muzik dan gig show… Read More