Muzik: Album kompilasi yang melonjak muzik metal Malaysia

Perkembangan sejarah muzik negara khususnya muzik rock takkan terpisah dengan perjalanan muzik metal Malaysia. Scene muzik metal Malaysia secara signifikan berkembang pesat pada awal dekad 1990an. Walaupun sebelum itu telah muncul band metal pertama Malaysia iaitu Black Fire pada tahun 1983, kemudian FTG, Cromok, Nemesis, Sil-Khannaz dan Suffercation, kerancakan scene muzik metal lebih menyerlah dekad seterusnya. Pergerakan aktif penggiat-penggiat muzik metal Malaysia pada dekad 1990an telah didorong oleh kewujudan label dan distro utama muzik yang menyokong seni karya metal. Tanpa kewujudan label-label muzik ini, takkan mungkin perkembangan muzik metal akan berlangsung dengan… Read More

Era gelap industri muzik, kesan wabak Covid-19

Industri muzik Malaysia pernah digemparkan dengan isu ‘Black Metal’ yang melanda negara ini penghujung tahun 2001 dulu, kesan laporan akhbar arus perdana yang tercetus pada 27 Julai 2001. Akibatnya, banyak acara muzik rock dan muzik berat indie (bebas) menerima kesan paling teruk kerana dibatalkan atas faktor keselamatan dan arahan pihak berkuasa. Paling terjejas adalah penggiat-penggiat seni muzik keras khususnya pemuzik muzik metal. Namun selepas peristiwa 911 iaitu serangan pengganas ke atas World Trade Center di New York (11 September 2001) isu ‘black metal’ lenyap seketika. Penggiat-penggiat seni muzik metal tanahair kembali bernafas… Read More