Myanmar bakar dadah bernilai lebih AS$500 juta

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar membakar dadah bernilai lebih AS$500 juta (RM2 bilion) yang dirampas di seluruh negara itu. Tindakan itu adalah sebagai amaran bahawa perdagangan bahan itu kembali meningkat selepas penyeludup menyesuaikan diri dengan larangan perjalanan COVID-19. Pembakaran ganja, heroin, ketamin, ‘ice’ dan pelbagai pil terlarang lain di Yangon itu dilakukan sempena Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah yang diisytiharkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Jabatan Polis Anti-Dadah Myanmar berkata upacara pembakaran turut diadakan di Mandalay dan Taunggyi di negeri Shan, di mana dadah bernilai AS$668 juta (RM2.8 bilion) dihapuskan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)… Read More