Rencana | Minggu Sibuk Zuraida Kamaruddin Realisasi Kesejahteraan Rakyat

Mengapa disebut sebagai minggu sibuk buat Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Hajah Zuraida Kamaruddin? Sesudah melalui beberapa hari berkempen di Dun Merotai yang terletak di Daerah Tawau, Sabah, pulang sahaja ke Kuala Lumpur beliau terus bergegas ke program Hub Komuniti di Taman Murai Jaya, Melaka. Kemudian hari yang sama, Hajah Zuraida telah meluluskan peruntukan sejumlah RM300 ribu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya untuk menaiktaraf saliran yang menjadi punca kejadian banjir kilat. Belum reda lagi kisah pemberian surat tawaran kediaman mampu milik PPR kepada 25 artis veteran di Lembah Subang minggu sebelumnya, sekali… Read More

PRN Sabah: Zuraida Kamaruddin Ketuai Jentera Pilihanraya N72 Merotai

Kenapa memilih turun disini? “Alhamdulillah, saya kebetulan ditugaskan untuk menjaga Dun Merotai dan kebetulan juga saya dengan saudara Jalani sangat rapat disini, sudah bekerja hampir 20 tahun disini.” “Saya juga sangat familiar dengan kawasan Tawau dan Kalabakan, saya selalu turun disini, oleh kerana itu saya beri sokongan kepada calon Merotai, Cikgu Jalani dan insha Allah saya akan memimpin jentera disini dalam kempen PRN Sabah ini dan saya akan berkampung disini.”