Bicara Najib, Arul Kanda: Mahkamah tambah tarikh

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menambah tarikh perbicaraan selama lapan hari untuk kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, ketika dihubungi BH, berkata perbicaraan kes berkenaan akan disambung bicara pada 11 dan 12 Ogos ini. “Bagaimanapun, mahkamah turut memberi tarikh baharu untuk perbicaraan itu pada Mac tahun depan. “Tarikh tambahan yang ditetapkan pada 7 hingga 10 Mac dan 28 hingga 31 Mac 2022,” katanya…. Read More

Permohonan Najib ditolak berkaitan dokumen 1MDB babitkan Zeti Aziz

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung pembabitan anggota keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Kekal bersama kerajaan PN, Ahli Parlimen UMNO sedia dipecat!

AHLI-ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet dan GLC menyatakan pendirian dengan tegas mereka rela dipecat daripada parti kerana menentang keputusan pucuk pimpinan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). Sumber memberitahu, kepemimpinan sudah maklum mengenai ketegasan mereka. ‘’Mereka juga menegaskan adalah tidak masuk akal untuk UMNO bertindak keluar daripada kerajaan pada waktu sekarang ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19, tambahan pula beberapa menteri UMNO memainkan peranan penting dalam menanganinya,’’ kata sumber tersebut kepada UtusanTV malam ini. Pendirian tegas itu, kata sumber tersebut juga dilakukan kerana ahli-ahli Parlimen berkenaan tidak mahu… Read More

Lebih 6,000 kes Covid-19 semalam, berapa kali PKP mahu gagal? soal Najib

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak mempersoalkan keberkesanan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh yang dilaksanakan hampir sebulan memandangkan jumlah jangkitan harian kembali melepasi 6,000 kes semalam. Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 pagi ini meningkat kepada 1.04 berbanding paras neutral 1.0 beberapa hari lalu. “Adakah ‘total lockdown’ yang sudah sebulan lamanya turut gagal? Kadar di atas paras neutral 1.0 bermakna kes baharu dalam trend meningkat dengan pesat…kes baharu juga naik semula ke paras 6,000 kes semalam. “Kadar positif (kes positif berbanding jumlah saringan) semalam terus naik ke paras… Read More