Giliran Port Dickson Terima Limpahan Kesejahteraan KPKT

8 Januari, PORT DICKSON: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin telah melakukan lawatan kerja sehari ke Port Dickson. Beliau bersama deligasi pengurusan kanan KPKT telah turun padang lawatan ke tapak projek PR1MA Residensi Port Dickson, ‘Meet dan Greet’ bersama pembeli Residensi Port Dickson, taklimat oleh MPPD berkaitan hala tuju pembangunan di Port Dickson, mesyuarat bersama Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Negeri Sembilan, penyerahan pelitup muka fabrik di pejabat MPPD dan meninjau lokasi runtuhan cerunan di Taman Desa Rusa. Hajah Zuraida mengumumkan peruntukan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson sejumlah RM1.9 juta… Read More

Menteri KPKT turun padang, lawat tapak projek Residensi PD

8 Januari, PORT DICKSON: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini turun padang melawat tapak perumahan Residensi PD di Lukut, Port Dickson. Beliau bersama deligasi pejabat kementerian tiba di tapak lokasi jam 12:30 tengahari untuk meninjau sendiri tahap kerja-kerja pembinaan yang telah berlangsung. Projek perumahan Residensi PD adalah sebuah projek perumahan rakyat di bawah PR1MA. Hajah Zuraida turut menerima taklimat daripada wakil PR1MA progres kerja yang telah siap 75 peratus. Turut hadir di lokasi adalah Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet dan Pengerusi Penggerak Negeri… Read More

Mantan Adun Chuah Sertai Bersatu

10 Disember, SEREMBAN: Mantan Adun Chuah, Chai Tong Chai hari ini telah menyertai Bersatu. Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Kampung Baru Cina telah menyerahkan Borang Permohonan Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus. Chai Tong Chai adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Chuah dua penggal (2008-2018) lalu, pernah menjawat jawatan Ketua Cabang PKR Telok Kemang (2014-2018). Penyertaan beliau ini akan meneruskan momentum kemasukan Bukan Bumiputera ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Negeri Sembilan muktahir ini. Bersatu Negeri Sembilan amat bertuah kerana dua… Read More

200 Ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson Sertai Bersatu

8 Disember, PORT DICKSON: Gelombang kemasukan Bukan Bumiputera menyertai Bersatu terus mengombak di Negeri Sembilan. Malam tadi bertempat di Restoran Sea View, Port Dickson Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet telah menyerahkan 200 borang keahlian ahli-ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson menyertai Bersatu kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian. Penyampaian borang-borang tersebut dibuat semasa Majlis Suai Mesra sempena Jelajah Penggerak Negeri Sembilan ke Port Dickson malam tadi. Turut menyaksikan serahan… Read More