Saya ke luar negara daftar anak sekolah, kata Nazri

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, akan ke luar negara untuk membantu mendaftarkan persekolahan anaknya dan akan kembali sebelum Parlimen bersidang. Wakil rakyat Umno itu berkata, beliau sudah mendapatkan visa diperlukan daripada saluran ditetapkan dan mendapat pelepasan daripada Jabatan Imigresen. Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan bila tarikh sebenar akan kembali dan memberitahu FMT akan berbuat demikian sebelum Parlimen bersidang. “Saya perlu kuarantin selama 14 hari, jadi saya akan kembali sekurang-kurangnya 15 hari sebelum Parlimen bermula. “Tidak ada yang salah. Saya tahu seseorang dari Umno cuba untuk ke luar negara tetapi… Read More