Aminuddin kekal Pengerusi PKR NS

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perkara itu disahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar lbrahim, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR di kediaman rasmi Menteri Besar pada Khamis. Anwar berkata, dalam mesyuarat tersebut semua ketua cabang bersetuju untuk kekalkan Aminuddin sebagai Pengerusi PKR Negeri atas semangat perjuangan parti dan memperkukuhkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Alhamdulillah, kedudukan Aminuddin sebagai Menteri Besar tidak dibangkitkan, malah mendapat sokongan padu daripada semua pihak, cuma terdapat… Read More

PKN Negeri Sembilan lancar program Kongsi Rezeki

9 Julai 2021, SEREMBAN: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan telah melancarkan ‘Program Kongsi Rezeki’ sebagai inisiatif membantu masyarakat yang memerlukan khusus semasa PKP. Menurut Pengerusinya, Haji Mohd Nazree Yunus program ini merupakan program agihan sumbangan kepada masyarakat melalui kaedah infaq atau derma. Kata beliau lagi, PKN Negeri Sembilan juga menerima sumbangan dalam bentuk barangan daripada rakyat prihatin yang ingin bersama-sama NGO ini dalam membantu masyarakat. “Kaedah Infaq atau Derma telah menjayakan program ini. Suatu kesedaran komuniti yang harus dibina dalam diri masyarakat,” “Kita harus bersama-sama membawa masyarakat menang dalam usaha… Read More

Komuniti: Tabung khas prihatin & kebajikan diwujudkan PKN Port Dickson

Tanjung Agas, Port Dickson: PKN Port Dickson terus fokus meneruskan usaha kebajikan tanpa sempadan melalui sumbangan barangan keperluan dapur dan bantuan kewangan kepada ibubapa murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas (SKTA) yang terkesan kerana kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan akibat peningkatan mendadak pesakit COVID-19 khususnya di Daerah Port Dickson. Situasi ini telah mendorong PKN Port Dickson mewujudkan satu tabung khas prihatin dan kebajikan semua ahli dan anak murid melalui usahasama PIBG sekolah tersebut. Pengerusi PKN Port Dickson, Rosman Jonet juga Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan berharap seluruh warga Port Dickson terus… Read More

PKN Port Dickson bantu lima beradik yatim piatu Covid-19

11 Jun 2021, PORT DICKSON: Lima adik beradik yatim piatu yang telah kehilangan ibu bapa mereka kerana Wabak Covid-19 telah menerima bantuan kewangan daripada NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini. Ketua Wanita PKN Port Dickson, Mimi Roszainah Rose Othman telah menyampaikan bantuan kewangan sumbangan dari Rosman Jonet, Pengerusi PKN Port Dickson. Kisah sedih lima beradik ini bermula setelah keluarga ini didapati positif Covid-19. Ibu dan bapa mereka telah meninggal dunia selepas itu. Allahyarham Rodzi Tahar, 55 telah meninggal dunia pada 31 Mei lepas manakala isteri beliau Allahyarhamah Nazita Idris,… Read More