Penyelaras DUN Tiada Kuasa Menentukan Undang-undang

28 Julai, Seremban: Tindakan Penyelaras DUN Palong di Jempol, Negeri Sembilan mengeluarkan surat pekeliling ‘larangan aktiviti politik pembangkang di aset-aset milik kerajaan Negeri Sembilan’ bertarikh 24 Julai 2020 di bawah kepala surat ‘Pejabat Penyelaras DUN Palong’ telah mendapat perhatian serius beberapa pimpinan politik. Menurut kenyataan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu, Tang Jayson telah menjelaskan maksud seorang PENYELARAS DUN adalah hanya koordinator kawasan sesebuah DUN di dalam menyampaikan sumbangan dan perkhidmatan kepada sesuatu kawasan DUN bagi pihak kerajaan negeri. Ia TIDAK membawa KUASA untuk menentukan mana jua undang-undang bagi tujuan mengikat mana-mana… Read More

Komuniti | Kerjasama Jabatan Bomba Negeri Sembilan dengan PKN Negeri Sembilan Anjur Ibadah Korban Perdana

23 Julai, Seremban 2: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan bakal menganjurkan Ibadah Korban Perdana pada 1 Ogos 2020 dengan kerjasama NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan. Semalam telah berlangsung mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Tuan Haji Hamdan Ali bersama Penyelaras Kepada Menteri KPKT di Negeri Sembilan, Rosman Jonet merangkap Timbalan Pengerusi PKN Negeri Sembilan bagi membincangkan hal-hal penyelarasan dan persiapan program berkaitan. Program Ibadah Korban Perdana ini akan diadakan di Ibupejabat JBPM Negeri Sembilan di Seremban 2. Turut serta dalam mesyuarat penyelarasan ini adalah… Read More

Kunjungan Bomba Negeri, Kukuh Hubungan Bomba Sukarelawan

Bomba Sukarela merupakan sebahagian daripada unit masyarakat di ‘barisan hadapan’. Unit ini sebenarnya berperanan mengukuhkan semangat setiakawan dan muafakat masyarakat. Hari ini, Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Tuan Haji Hamdan dan wakil-wakil Jabatan Bomba Negeri Sembilan bersama Penyelaras Kepada Menteri KPKT Negeri Sembilan, Rosman Jonet telah berkunjung ke Balai Bomba Sukarela Pertang di Pekan Pertang, Jelebu. Balai Bomba Sukarela Pertang mempunyai 21 anggota sukarelawan terlibat. Unit sukarelawan ini telah ditubuhkan lebih 20 tahun dulu yang bermatlamat memupuk semangat intergrasi antara kaum. Mereka turut meninjau kelengkapan balai bomba sukarelawan ini yang mempunyai sebuah jentera… Read More