Kerana perjanjian sempadan 1880, Port Dickson jadi milik Negeri Sembilan

Menurut catatan sejarah, sebahagian besar kawasan dalam Daerah Port Dickson kini dahulunya berada dalam kedaulatan negeri Selangor iaitu sebelum tahun 1880 masehi. Sebelum dinamai sebagai Port Dickson, daerah ini dikenali sebagai Lukut. Setelah pembentukan Persekutuan Negeri Sembilan baharu pada 8 Ogos 1895, lima daerah pentadbiran telah dibentuk oleh British iaitu Seremban (Sungai Ujong), Jelebu, Kuala Pilah, Tampin dan Pantai Laut (Port Dickson). Selepas merdeka, Daerah Pantai Laut (Coast) dinamakan sebagai Port Dickson yang kekal hingga kini. Perluasan kuasa Kesultanan Selangor pada penghujung kurun ke-19 masehi telah melebar ke Lukut, Labu, Rekoh hingga… Read More

Tanjung Tuan lokasi pelancongan dikongsi Melaka-Negeri Sembilan

Tanjung Tuan terkenal sebagai lokasi strategik rumah api yang menjadi panduan kapal-kapal berlayar di Selat Melaka. Namun begitu tanjung yang terletak di Lagun Biru, Port Dickson ini mempunyai tarikan alam semulajadi yang menjadi tumpuan pelancongan. Walaupun terletak di dalam Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan tetapi Tanjung Tuan adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Alor Gajah Melaka. Rumah Api Cape Rachado adalah rumah api bersejarah yang dibina pada tahun 1528 oleh Portugis selepas menjajah Melaka. Kemudian ia berpindah milik kepada Belanda, British dan Malaya sehingga sekarang. Terdapat satu lagi lokasi tumpuan di sini… Read More

Sumbangan derma kilat mangsa kebakaran Telok Pelandok

1 Jun 2021, PORT DICKSON: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini telah menyampaikan sumbangan derma kilat kepada keluarga mangsa kebakaran di Telok Pelandok, Port Dickson. Sumbangan kewangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi PKN Port Dickson, Rosman Jonet, kepada keluarga tersebut hasil inisiatif daripada Wanita PKN Port Dickson yang digerakkan oleh Mimi Roszainah Rose Othman melalui derma kilat di kalangan ahli PKN Port Dickson semalam. “Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. “Saya mendoakan keluarga mangsa tabah dan redha menerima ketentuan Allah SWT.” kata Rosman… Read More

NGO Penggerak edar sumbangan kurma kepada bomba, polis di Port Dickson

25 April 2021, PORT DICKSON: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson telah mengedarkan sumbangan kurma kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PDRM di sekitar Daerah Port Dickson. Edaran sumbangan ini turut disertai oleh Pengerusi PKN Port Dickson, Rosman Jonet. Sumbangan kurma dari Penaung PKN, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah diagihkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan JBPM Port Dickson dan JBPM Telok Kemang. Manakala sumbangan kepada PDRM adalah IPD Port Dickson, Balai Polis Port Dickson, Balai Polis Telok Kemang, Balai Polis Lukut, Balai Polis Pasir Panjang dan… Read More