Istana Seri Menanti warisan senibina Melayu binaan tanpa paku

Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Bandar Diraja Seri Menanti kini sudah berusia 119 tahun jika dihitung pada tahun dibina 1902. Ia adalah warisan senibina Melayu yang masih kekal berdiri dan dipelihara oleh Jabatan Muzium Negeri Sembilan. Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam… Read More

Usahasama GD Holdings-Majlis Bandaraya Seremban wujudkan tapak Bazar Ramadan Bandar Baru Nilai

19 Mac, NILAI: Syarikat GD Holdings Sdn. Bhd. telah mempergiatkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui penyerahan kawasan lapang berhampiran Galeri Jualan Bandar Wawasan di Bandar Baru Nilai tanpa dikenakan sebarang Fi atau bayaran kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk dijadikan Tapak Penganjuran Bazar Ramadan yang akan diuruskan sepenuhnya oleh MBS. Hasil usaha yang digerakkan oleh Rosman Jonet, Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan melalui beberapa siri perbincangan dan mengambil inisiatif dengan menjalinkan kolaborasi strategik bersama syarikat swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan. Langkah ini untuk membantu peniaga yang terjejas sumber pendapatan akibat… Read More

Yayasan Budi bantu baikpulih prasarana Balai Polis Titi

19 Mac, JELEBU: Yayasan Budi meneruskan program sentuhan masyarakat tempatan Jelebu hari ini di Pekan Titi, Jelebu. NGO yang dinaungi oleh Tan Sri Rais Yatim merangkap Yang Dipertua Dewan Negara menyantuni masyarakat Cina di Pekan Titi melalui program santai minum petang. Tan Sri Rais Yatim turut hadir meluangkan masa bersama masyarakat tempatan petang ini. Kesempatan program hari ini juga, beberapa sumbangan kepada masyarakat tempatan yang memerlukan telah disampaikan oleh Rais bersama beberapa wakil Yayasan Budi. Sumbangan kepada murid-murid cemerlang di Titi turut disampaikan. Antara wakil-wakil masyarakat setempat yang hadir adalah Tang Jayson,… Read More

Projek blok tambahan naiktaraf fasiliti Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah

9 Mac, KUALA PILAH: Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah akan lengkap memiliki fasiliti moden apabila blok tambahan yang bakal dibina siap nanti. Projek blok tambahan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith dalam Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pecah Tanah Projek Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Menurut Eddin (gambar), projek ini akan dijalankan secara reka dan bina serta tender terbuka pra kelayakan. Bangunan tambahan yang akan dibina ini dengan kapasiti yang memuatkan 144 katil pesakit memiliki 6… Read More