‘Wanita Besi’ Bomba Malaysia

SEREMBAN – Minat yang mendalam terhadap tugasan berat dan lasak mendorong Normaisarah Ibrahim, 31, meninggalkan kerjayanya sebagai jururawat tujuh tahun lalu demi memenuhi cita-cita menjadi seorang anggota bomba dan penyelamat. Normaisarah berkata, meskipun kerjaya berkenaan didominasi kaum lelaki, namun beliau mahu membuktikan dirinya setanding dengan mereka sekali gus mampu menggalas tugas sebagai anggota bomba yang sentiasa bersiap sedia menempuh segala cabaran. “Saya sukakan cabaran dan meminati kerjaya dalam bidang yang memerlukan kita bergerak aktif, oleh sebab itu saya beralih menjadi anggota bomba yang memang telah lama saya idamkan. “Ditambah pula saya suka… Read More

Penggerak Port Dickson bantu murid yatim dan miskin SK Pasir Panjang

9 Mac, PORT DICKSON: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini meneruskan program prihatin masyarakat di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson. 400 Pelitup Muka Guna Semula (reusable face masks) telah disumbangkan kepada pelajar dan guru SK Pasir Panjang diketuai oleh Rosman Jonet, Pengerusi Penggerak Port Dickson bersama Azniza Abdul Wahab, PeKT MPPD. Sumbangan telah diserahkan kepada GPK, HEP sekolah tersebut, Anuar Kamarudin dan turut dihadiri GPK, KOKU SK Pasir Panjang, Salina Hamdan. Rosman juga turut menyumbang wang saku kepada 10 murid yatim dan miskin di SK Pasir Panjang. Sumbangan dan… Read More

PPR Rantau: serahan kunci dijangka akhir Jun 2021

19 Februari 2021, PUTRAJAYA: Isu kelewatan serahan kunci rumah PPR Rantau dijangka akan diserahkan selewat-lewatnya pada akhir Jun 2021, kata Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan Rosman Jonet. Pertemuan empat mata beliau dengan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Jayaselan A/L K.Navaratnam, hari ini telah membincangkan isu PPR Rantau. Susulan aduan oleh pembeli-pembeli berikutan kelewatan menerima kunci rumah, Jayaselan memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah menyerahkan isu ini dikendali-urus oleh KPKT. Beliau menjangkakan serahan kunci rumah PPR Rantau dapat diserahkan pada atau sebelum 30 Jun 2021. Projek ini mempunyai 100 unit Rumah… Read More

Giliran Port Dickson Terima Limpahan Kesejahteraan KPKT

8 Januari, PORT DICKSON: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin telah melakukan lawatan kerja sehari ke Port Dickson. Beliau bersama deligasi pengurusan kanan KPKT telah turun padang lawatan ke tapak projek PR1MA Residensi Port Dickson, ‘Meet dan Greet’ bersama pembeli Residensi Port Dickson, taklimat oleh MPPD berkaitan hala tuju pembangunan di Port Dickson, mesyuarat bersama Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Negeri Sembilan, penyerahan pelitup muka fabrik di pejabat MPPD dan meninjau lokasi runtuhan cerunan di Taman Desa Rusa. Hajah Zuraida mengumumkan peruntukan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson sejumlah RM1.9 juta… Read More