Taklimat pengurusan bantu PeKT Negeri Sembilan laksana khidmat komuniti

23 Oktober, SEREMBAN: Satu Sesi Taklimat mengenai Objektif, Struktur Pengurusan, Peranan dan Garis Panduan Pelaksanaan Program PeKT Negeri Sembilan telah diadakan di Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti Senawang, Seremban. Matlamat utama taklimat adalah membantu Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) dapat berkhidmat bagi meningkatkan kesejahteraan hidup komuniti setempat dalam usaha membentuk komuniti dan generasi mampan. Turut hadir adalah Rosman Jonet, Pegawai Penyelaras Kepada Menteri KPKT bagi Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi PKN Negeri Sembilan, Tang Jayson Setiausaha PKN Negeri Sembilan. PPI

PKPB Selangor: Jalan masuk sempadan Daerah Jelebu-Hulu Langat ditutup

14 Oktober, JELEBU: Jalan masuk sempadan Daerah Jelebu-Hulu Langat telah ditutup sepenuhnya bermula 14 Oktober 2020. Penutupan jalan masuk sempadan daerah ini bertujuan menyekat pergerakan keluar masuk ke kawasan PKPB yang telah dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober. Pemakluman tersebut telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Jelebu hari ini.

JAS siasat kejadian tumpahan minyak di Pantai Port Dickson – Exco

PORT DICKSON, 12 Okt — Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiasat kejadian tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 dekat sini hari ini, yang mengakibatkan pencemaran di sepanjang tiga kilometer pantai itu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan berkata, sampel minyak tersebut telah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui punca kejadian. “Kita masih belum mengetahui punca sebenar berlakunya tumpahan minyak di kawasan persisiran pantai berkenaan. Bagaimanapun, kita mengesyaki ia adalah minyak daripada enjin kapal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, di sini, hari ini. Beliau berkata kerja pembersihan sedang dilakukan dan menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi pantai berkenaan,… Read More

Bulan Kemerdekaan: Bendera-bendera Negeri Rekaan Kurun Ke-19

Sejarah bendera Negeri Sembilan, digunakan sejak tahun 1895 masehi. Ia merupakan bendera keempat tertua di Malaysia yang masih kekal digunakan hingga kini. Bendera-bendera negeri yang tertua masih digunakan adalah Perlis (1870), Johor (1871) & Perak (1879).