Pengundi bertambah, PAS cadang persempadanan semula kawasan parlimen negeri majoriti Melayu

PAS mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya di beberapa negeri-negeri majoriti Melayu, untuk menambah bilangan kerusi di parlimen. Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, cadangan tersebut pernah disuarakan oleh parti itu, termasuk semasa era kerajaan Barisan Nasional (BN). “Tujuan kita mencadangkan perkara ini pertamanya kerana pertambahan pengundi terutama di sebelah Pantai Timur iaitu di Kelantan dan sebahagiannya di Kedah, Pahang dan Terengganu. “Ada kawasan parlimen jumlah pengundinya sehingga 80,000 orang, jadi dari segi tanggungjawab wakil rakyat nak menjaganya, menjadi satu beban kepada dia. Sebab biasa(nya) dalam 20,000 sehingga… Read More