200 Ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson Sertai Bersatu

8 Disember, PORT DICKSON: Gelombang kemasukan Bukan Bumiputera menyertai Bersatu terus mengombak di Negeri Sembilan. Malam tadi bertempat di Restoran Sea View, Port Dickson Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet telah menyerahkan 200 borang keahlian ahli-ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson menyertai Bersatu kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian. Penyampaian borang-borang tersebut dibuat semasa Majlis Suai Mesra sempena Jelajah Penggerak Negeri Sembilan ke Port Dickson malam tadi. Turut menyaksikan serahan… Read More

Jelajah Pengerusi NOW NS kukuh muafakat organisasi dan dekati komuniti.

NOW Negeri Sembilan baru-baru ini telah menggerakkan program ‘Jelajah Pengerusi NOW NS’, suatu gerakan turun padang yang mendekati dan menyantuni komuniti. Negeri Sembilan dikenali sebagai tanah beradat yang mengangkat martabat dan peranan wanita dalam masyarakat, menjadi inspirasi bermakna buat NOW Negeri Sembilan bahawa sentuhan wanita menyantuni masyarakat dikedepankan. Program jelajah ini melibatkan semua pimpinan dan jawatankuasa NOW tiap parlimen di Negeri Sembilan dilihat sebagai usaha muafakat dan pengukuhan komunikasi NOW Negeri Sembilan. Sentuhan kemasyarakatan yang dilangsungkan semasa program ini di Kuala Pilah minggu lepas bukan sahaja menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur, turut… Read More

NOW Negeri Sembilan jalin kerjasama Bersatu Negeri Sembilan

Nation of Women (NOW) Negeri Sembilan mengorak langkah kerjasama politik dengan Bersatu Negeri Sembilan. Pertemuan suai kenal telah dilangsungkan hari ini di Seremban yang dihadiri oleh Pengerusi NOW Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Penggerak Seremban, Siti Fatimah Amir, timbalan beliau Noraziz Osman dan Naib Penggerak Seremban, A.K Chin. Manakala Bersatu Negeri Sembilan diwakili oleh Setiausaha negeri, Datuk Mohd Hanafi Mohd Zain, Ustaz Fadzli (Ketua Bersatu Seremban) dan Puan Sherry (Setiausaha Persatuan Waghih Seremban). Pertemuan ini turut membincangkan beberapa perkara penting bagi tujuan kerjasama politik yang dapat digerakkan oleh kedua-dua pihak.

Wanita Sandakan & Batu Sapi Rancang FoodBank Bantu Masyarakat Sekitar.

Wabak Covid-19 sedang marak dan jumlah kes yang disahkan terus meningkat, menyebabkan 1100 buah keluarga di Kampung Sundang Bukit Batu Sapi dan 1100 buah keluarga di kawasan parlimen Sandakan mengalami kekangan dana untuk membeli barangan keperluan asas. Atas kesedaran itu, Wanita Muda Negara dan Nation of Women Parlimen Sandakan dan Batu Sapi bekerjasama untuk mewujudkan “FoodBank” bagi kawasan terjejas. Untuk fasa pertama ini, keperluan sumbangan sebanyak 2200 pek makanan untuk bagi dua kawasan tersebut. Kami menerima sumbangan berbentuk barangan dapur sahaja. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Wanita Muda Negara dan NOW Sandakan… Read More