Bomba Petaling Jaya laksanakan operasi sanitasi di kediaman positif Covid 19

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dengan usahasama Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Petaling Jaya telah melaksanakan operasi sanitasi di kediaman-kediaman yang berlaku kes positif Covid 19 di PPR Lembah Subang di sini. Beberapa kediaman di Blok A dan Blok B PPR Lembah Subang 1 telah dinyahkuman melalui operasi yang dijalankan oleh pasukan anggota bomba dari Balai Petaling Jaya. Dua keluarga dari Blok A dan Blok B telah dilaporkan positif pada 2 Mei 2021. Atas tindakan segera dan inisiatif PeKT Petaling Jaya, Nor Hasliza Omar dengan Pengarah JBPM Selangor, operasi… Read More

Sanitasi Rumah Ibadah: Pengerusi Kuil di Kuala Ampang hargai respon pantas Menteri KPKT

AMPANG: Tindakan segera Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin melalui operasi rumah ibadat Hindu di Kuala Ampang mendapat penghargaan pihak pengurusan rumah ibadat tersebut. Pengerusi Kuil Sri Sakhti Vinayagar Alayam, Kuala Ampang memuji dan berterima kasih di atas respon pantas Zuraida bagi melaksanakan operasi sanitasi di kuil tersebut. Datuk Hajah Zuraida adalah antara menteri yang fokus kepada usaha-usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 melalui gerak kerja operasi sanitasi melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta norma-norma baharu sepanjang Program Jelajah Malaysia Prihatin. Sejak setahun lalu, KPKT melalui Jabatan Bomba… Read More

Kerjasama PeKT Petaling Jaya-Bomba Laksana Operasi Sanitasi Cegah Covid-19 di PPR Lembah Subang

Seiring dengan Dasar Komuniti Negara dan usaha semasa kerajaan menanggani wabak Covid-19, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Petaling Jaya telah menjalinkan usahasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya melaksanakan operasi sanitasi di PPR Lembah Subang. Operasi sanitasi yang dijalankan pada 3-4 Februari lepas bertujuan membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak Covid-19 di PPR Lembah Subang. Usahama ini dipelopori oleh Ketua Wanita Penggerak Komuniti Negara (PKN) Petaling Jaya yang juga PeKT Petaling Jaya, Nor Hasliza Omar. Operasi sanitasi dua hari tersebut turut disertai oleh Pengerusi PKN Petaling Jaya, Ridzuan Basri dan wakil-wakil Persatuan… Read More

Pelaksanaan operasi sanitasi awam komitmen mendepani wabak Covid-19

Komitmen KPKT dalam mendepani wabak Covid-19 berterusan melalui pelaksanaan operasi sanitasi awam di seluruh negara. Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 11,103 operasi sanitasi. Pada 4 November 2020 sebanyak 29 operasi sanitasi meliput 11 zon merah, 2 zon jingga, dan 9 zon kuning telah dilaksanakan yang melibatkan 7 buah negeri iaitu Sabah, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.