Perlu wujud gabungan besar dengan sebanyak mungkin parti demi kestabilan – Saifuddin

KUANTAN: Terdapat keperluan mewujudkan sebuah gabungan parti yang besar meliputi sebanyak mungkin parti politik, bagi memastikan kerajaan yang stabil, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, keutamaan kepada Bersatu Pahang adalah berusaha membuat gabungan yang kuat di setiap peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan Parlimen, selain menyifatkan mesyuarat penubuhan Perikatan Nasional (PN) negeri juga sebahagian ke arah itu. Mesyuarat penubuhan PN Pahang yang berlangsung di sini malam tadi, turut memilih Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota sebagai pengerusi…. Read More

Perikatan Nasional Nasional Pahang dilancar, Saifuddin Abdullah pengerusi.

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang dilancarkan hari ini dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah, dipilih sebagai pengerusi. Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, mesyuarat penubuhan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra malam tadi, juga bersetuju melantik tiga naib pengerusi masing-masing daripada Bersatu, Pas dan Gerakan. “Mereka ialah Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Jabar, Pengerusi Gerakan Pahang Ranndy Yap Kim Heng dan Timbalan Ketua Bersatu Pahang Lt Kol (PA) Mohd Yazid Mohd Yunus,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Erat Kasih Bersama Penduduk… Read More

Bersatu Pahang sasar satu kerusi untuk Srikandi

KUANTAN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang mencadangkan sekurang-kurangnya satu kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diberikan kepada pimpinan Srikandi parti berkenaan berdasarkan komitmen dan peranan penting wanita dalam parti itu. Pengerusinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi Bersatu Pusat. “Saya komited untuk melihat ada wanita Bersatu di Pahang dipilih menjadi calon pada PRU-15 sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen sebagai pengiktirafan kepada golongan wanita yang banyak berjasa kepada kita,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada… Read More

Bentong bakal dinaiktaraf sebagai bandaraya kedua Pahang

22 Februari, MARAN: Bandar Bentong bakal menjadi bandaraya kedua di Pahang selepas Kuantan menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sidang media di Maran. “Permohonan oleh kerajaan negeri untuk menaiktaraf Majlis Perbandaran Bentong diangkat sebagai Majlis Bandaraya. Dari segi pendapatan, Bentong telah mencapai tahap untuk dinaiktaraf.” kata Datuk Zuraida Kamaruddin. “Walaupun jumlah penduduk belum mencapai 500 ribu, kita akan melihat kapasiti dan pembangunan yang ada di sana.” menurut beliau lagi. Menurut beliau lagi, jika mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan, Bentong akan dinaiktaraf sebagai bandaraya pada Jun 2021 nanti. Bentong terkenal sebagai pusat utama… Read More