Pemimpin PH tonjol diri bela Agong hanyalah sebuah opera

Bertalu-talu Peguam Negara Idrus Harun dikecam para pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana kenyataan beliau pada 25 Jun yang memperjelaskan kedudukan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang dan kewajipan Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat jemaah menteri seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengingatkan peguam negara bahawa beliau “tidak patut mengeluarkan kenyataan umum yang seolah-olah “memperkecil” kuasa Yang di-Pertuan Agong” manakala Presiden PKR Anwar Ibrahim, pula menyebut kenyataan peguam negara ini “dilihat sebagai melampau dan menghina Istana Negara”. Kenyataan rasmi Majlis Presiden PH… Read More

Teori Kamal Hatta: PH Selangor gagal urus penularan wabak Covid-19

Aku hairan dengan beberapa orang wakil rakyat PH nak tempelak kerajaan umum PKP enam daerah di Selangor. Mereka dakwa pelaksanaan PKP itu mengelirukan. Kenapa wakil-wakil rakyat PH yang tempelak kerajaan Perikatan Nasional sebab PKP enam daerah di Selangor itu sedangkan itu permintaan kerajaan negeri Selangor sendiri. MB Selangor Amirudin Shari dah terang kata Selangor perlukan PKP untuk kawal penularan wabak. Ini bermakna Task Force Covid-19 Selangor yang diketuai oleh Dr Dzulkefly Kuala Selangor sudah gagal besar. Lima bulan berturut-turut Selangor mendahului carta bai! Lu orang bukak mata dan akal. Lima bulan berturut-turut… Read More

Saya bukan Menteri ICERD, kata Saifuddin Abdullah

Kuala Lumpur, 13 April – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah hari ini menjawab tuduhan yang dilontarkan oleh bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang telah mendakwa bahawa cadangan kontroversi untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah idea Saifuddin. Melalui kenyataan di Facebook dan Twitter, Saifuddin mengulangi bahawa Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia asalnya terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan dan turut dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam ucapan beliau di PBB pada tahun 2018. “Saya bukan menteri ICERD. Mengenai Statut Rom, keputusan untuk mengesahkan dan kemudian… Read More