Berita Ringkas |Menteri KPKT Sumbang RM10 ribu Kepada JMB Flat Seksyen 18 Shah Alam

20 Ogos, Shah Alam: Pagi ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada badan pengurusan (JMB) Pangsapuri Seksyen 18 Shah Alam. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada pengerusi badan pengurusan Pangsapuri Seksyen 18 Shah Alam dalam satu program turun padang meninjau dan mendengar permasalahan komuniti pangsapuri tersebut. _PPI