5,000 masyarakat Cina terima Bakul Ampang Prihatin sepanjang PKP 3.0

AMPANG, 29 JULAI : Sekitar 5,000 masyarakat Cina di sini telah menerima Bakul Ampang Prihatin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, bantuan tersebut diberikan bagi meringankan beban akibat pandemik Covid-19. “Kesan pandemik sangat besar hingga mengakibatkan sesetengah penduduk hilang pekerjaan, kesihatan terjejas dan terpaksa menjalani hidup dengan norma baharu. “Oleh itu, amat penting untuk peruntukan parlimen difokuskan bagi membantu penduduk kesusahan buat masa ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook semalam. Hantaran Facebook berkenaan turut memuatkan video serahan Bakul Ampang… Read More
Koordinasi sukarelawan pergiat gerakan Vaksinasi Kebangsaan

Sasaran 80 peratus ‘herd immunity’ berupaya dicapai penghujung tahun ini melalui gerakan dan usahasama NGO dan sukarelawan terus dipergiatkan menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dalam temubual khas ‘Bicara Politikonomi’ di RTM 1 malam tadi. Ini penampilan adalah kali kedua Zuraida dalam rancangan sama yang dihoskan oleh Syed Munawar. “Saya menekankan berkenaan usaha berterusan yang digerakkan oleh NGO seperti Koordinasi Sukarelawan Penggerak Komuniti Negara (PKN) dan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) dalam melicinkan Program Vaksinasi Kebangsaan. “Sekarang sistem (vaksinasi) ini sudah mulai stabil. Semua jentera kementerian telah dikerah… Read More
Covid-19: Zuraida Kamaruddin sumbang keperluan Hospital Ampang

12 Jun 2021, AMPANG: Parlimen Ampang meneruskan usaha kebajikan tanpa sempadan melalui sumbangan barangan keperluan kepada Hospital Ampang berikutan peningkatan mendadak pesakit Covid-19. Sumbangan atas inisiatif oleh Ahli Parlimen Ampang merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin itu penting untuk gerak kerja petugas barisan hadapan disamping kelancaran khidmat Hospital Ampang berkaitan Covid-19. Zuraida telah turun melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kampung Ampang Indah, Ampang sebelah pagi. Beliau turut singgah ke Hospital Ampang bagi meninjau situasi semasa dan penyampaian sumbangan tersebut. Sejumlah 80 kipas, 30 penghawa dingin… Read More
Parlimen Ampang aktifkan sukarelawan bantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan

12 Jun 2021, AMPANG: Satu sistem sokongan sukarelawan melalui kerjasama KPKT dan Penggerak Komuniti Negara (PKN) telah diaktifkan pada hari ini yang akan membantu Pusat Pemberian Vaksin di peringkat Parlimen Ampang, seterusnya Selangor dan diperluaskan ke seluruh negara. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah turun padang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kampung Ampang, pagi tadi. Sistem sokongan yang terdiri daripada tiga unit sokongan sukarelawan iaitu Unit Mobilisasi, Unit Panggilan dan Unit Jangkauan Komuniti akan berperanan membantu pihak kerajaan mencapai sasaran 80 peratus imuniti berkelompok pada… Read More